Kemaafan Dendam Yang Terindah Untuk Bekas PM…

Sebaran :

 

Kadang kala, penulis tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa melihat keletahnya. Hendak menangis, nanti dikatakan gila. Tapi jika penulis ketawa pun, mungkin penulis akan dikata lebih gila dari bahan yang penulis ketawakan.

Namun itulah yang penulis rasa bila seorang ‘negarawan’ memohon maaf atas segala salah silapnya mentadbir negara selama 22 tahun. Jauh disudut hati penulis, ia amat amat ‘menyentuh jiwa’. Penulis sudah maafkan dia sejak ungkapan ‘dah lama dahhh…’ terungkap!

Walau bagaimanapun, tidak mungkin penulis akan menerima dia sebagai Perdana Menteri semula. Biarlah dia jadi ‘sejarah’ suka dan duka. Berkali-kali ‘dikencing’nya dulu, pasti ia menjadi satu kenangan pahit bagi penulis. Serik dibuatnya…

Jangan risau, penulis tiada dendam pada segala dosa silamnya itu. Bak kata orang putih, penulis ‘move on’ dan hadapi segala kepayahan di zaman itu tanpa suka mengeluh seperti generasi di zaman ini. Meskipun susah, cabaran itu penulis sahut.

Cuma apa yang penulis hairankan ialah corak pemikirannya di zaman ini. Jika 360 darjah berubah ke arah persediaan akhirat, itu penulis dapat terima. Malah jika ibadah yang menjadi pilihannya, mungkin penulis lebih sayang padanya.

Namun peliknya, perubahan 360 darjah itu bukan saja menyaksikan dia bagai ‘bertuhankan’ politik, malah sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang dia ‘ludah berkahak-kahak’ dulu. Bukan setahun dua, malah berpuluh-puluh tahun ‘dikahak’nya.

Lebih mengecewakan, demi survival politik pihak tertentu, dia sanggup khianat pada parti yang mendokongnya selama lebih dua dekad. Penulis yakin, jika UMNO tahu begini perangainya di hari tua, jangka hayat dia jadi Perdana Menteri mungkin tak sampai sepenggal!

Dia kini sangat memalukan. Hendak saja dikutuk, tapi tak sampai hati. Hendak dihentam habis-habisan, juga tidak sampai hati. Apa yang mampu dibuat hanyalah berdoa selain ‘mengingatkan’ dia tentang dirinya yang sudah 360 darjah menjadi ‘pencacai’ DAP.

Penulis tidak pasti sama ada dia sedar atau tidak, segala tindakan politiknya kini mendapat tepukan gemuruh dari DAP dan PKR yang dulu dia seranah ‘tak cukup tanah’. Lupakah dia atau dia betul-betul diserang penyakit ‘alzhiemer’ akibat dari ‘tulah’ puisi ‘Melayu mudah lupa’?

Mungkin apa yang dia lakukan kini adalah untuk anak manjanya itu. Tapi, apakah dia fikir anaknya itu mampu ‘survive’ di dalam politiking pembangkang yang jauh lebih kejam dan tersimpang dari prinsip moral Islam?

Tidakkah dia dapat melihat selama pengalamannya berpolitik puluhan tahun ini bagaimana puak pembangkang menghalalkan segalanya demi memenuhi matlamat mereka? Dia fikir DAP, PKR dan PAN akan ‘jaga’ serta ‘beri laluan’ kepada anaknya bila dia ‘tiada’ nanti? Jangan mimpilah!

Namun begitu, biarlah dia. Mufti dan ulama yang lebih berkredibiliti pun dia tolak ketepi nasihat yang diberikan, apatah lagi penulis, bukan? Biarlah dia dengan ‘labu-labu’nya. Harapnya lepas PRU ke-14 ini, selepas dia kalah teruk, baru dia insaf kembali ke jalan yang benar….


Sebaran :

One thought on “Kemaafan Dendam Yang Terindah Untuk Bekas PM…

  • Kerana M dengan kegilaan nya buatkan Anwar dilihat bagus dan bersih. Walau pada reality Anwar bukan bersih.

    Satu perkara yang maha tidak menasabah ialah membayangkan M kembali meneraju. Kerana tak ada sebab barang sekelumit pun untuk dia kembali , walau pun pada pengikutnya sendiri.

    Kita berharap M sebab bertaubat bukan sekadar mohon maaf. Sementelah lagi jika kemaafan yang dipohonya tanpa tujuan yang jelas selain untuk tujuan politik semata.

    Reply

Leave a Reply