Bila ‘Si Anak’ Kata Bapanya Saja Paling Layak…

Share

Terkekeh-kekeh penulis ketawa apabila si anak mendakwa bapanya adalah individu paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini. Kenyataan itu pada penulis sungguh ‘membakulkan bapa sendiri’, seolah bapanya seorang sajalah yang konon paling ‘best’!

Penulis tidak pasti tentang motif sebenar si anak itu. Namun begitu, ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan besar sama ada ianya merupakan salah satu ‘stepping stone’ untuknya melangkah naik ke jawatan Perdana Menteri kemudiannya.

Mungkin 22 tahun, satu tempoh paling lama dalam sejarah pentadbiran negara tidak cukup bagi si anak untuk melihat bapanya berkuasa. Konon untuk ‘selamatkan Malaysia’? Selamatkan negara atau sebenarnya selamatkan ‘survival politik peribadi anaknya’?

Tidak dinafikan bapanya banyak berjasa sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Namun ia bukan jasa bapanya seorang. Ia merupakan jasa yang dibuat secara kolektif atas kesepakatan BN selama ini.

Dia fikir bapanya boleh tabur jasa tanpa sokongan UMNO dan BN? Tanpa sokongan UMNO dan BN, maka jadilah dia seperti sekarang yang terpaksa menagih ehsan dari DAP, PAN dan PKR untuk kembali berkuasa. Jika ada yang tolak, punahlah cita-cita…

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mudah-mudah akan setuju lelaki yang menjahanamkan cita-cita dan memalukan dirinya di seluruh dunia? Sedang kakinya dulu sudah selangkah ke jawatan Perdana Menteri, tiba-tiba ‘dicantas’ oleh ‘ayahanda’? Ingat Anwar ‘mudah lupa’?

Apakah si anak fikir Pakatan Harapan akan membuat ‘u-turn’ terhadap polisi mereka untuk membataskan had tempoh Perdana Menteri sebagaimana yang tertera dalam manifesto mereka sebelum ini? DAP setuju atau si anak saja yang ‘syok sendiri’?

Pada pandangan penulis, jika difikirkan tentang layak menjadi Perdana Menteri, rasanya Presiden ‘cap bunga’ lebih layak berbanding bapanya. Bapanya hanya Pengerusi parti. Apakah jawatan Pengerusi lebih utama dan superior berbanding Presiden parti?

Zaman ini bukan seperti zaman bapanya dulu. Zaman serba moden kini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ‘outdated’ untuk mengemudi negara. Jika mahu diketengahkan pemimpin ‘expired’, maka akan ‘expired’ jugalah serba-serbinya di negara ini…

Lagipun, sejarah pemerintahan bapanya dulu bukannya semua indah-indah belaka. Tidak dinafikan jasanya, tapi banyak juga ‘dosa-dosa’nya. Bukan seorang dua saja yang menjadi mangsa, semua pihak termasuk ahli politik dan rakyat juga ‘dicengkam’ oleh ‘kuku besi’nya.

Bapa sudah meminta maaf? Apa dia fikir semudah itu saja maka rakyat dan ‘mangsa-mangs’nya akan memaafkan? Minta maaf, maka tutup buku? Kita boleh memaafkan, tapi kita tidak akan ulang kesilapan memilih mereka yang ‘mudah lupa’.

Apatah lagi dalam usianya yang sudah terlalu ‘senja’, dengan ketaksubannya terhadap survival politik mengatasi kepentingan kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi, apakah si anak fikir umat Islam akan memilih pemimpin yang seolah menolak ‘tikar sejadah’ berbanding kepentingan politik peribadi?

Si bapa sudah minta maaf pada lebih 3 juta ahli UMNO yang dia khianati? Apakah dia sudah mohon maaf kepada jutaan lagi pemimpin, ahli dan penyokong parti komponen BN yang dia khianati? Dan dia fikir seluruh warga BN mudah-mudah memaafkan dirinya?

Lebih menarik lagi, dia minta maaf kerana itu ‘adat Melayu’? Bukan kerana dia insaf atas segala kesalahannya sebelum ini yang banyak menyusahkan kita, ibu bapa dan nenek moyang kita sebelum ini? Ikhlaskah dia atau hanya sekadar berbasa-basi sahaja?

Demikianlah bila dikenangkan tentang kenyataan si anak yang cuba menyelamatkan survival politik diri sendiri dengan memperkakaskan bapanya. Apakah dia tidak mampu berdikari membina politiknya sendiri dan akan terus mengharapkan bapanya seumur hidup?

Saranan penulis, si anak perlu segera sedar diri. Jangan fikir dengan populariti, maka dia akan dapat ‘diselamatkan’ bapanya. Bapanya mungkin berjasa sebelum ini, tapi apa pula jasa si anak hingga perlu dipastikan terus ‘survive’ dalam dunia politik?

Cukup-cukuplah ‘berkhayal’. Tahulah di Dun Ayer Hitam itu terkenal dengan gejala ‘ketum’. Lebih baik si anak balik ke kawasan dan jaga amanah yang diberikan rakyat. Sudahlah selama ini terbiar tidak terjenguk, sampai bila wakil rakyatnya harus ‘lesap’? #MohonSedarDiri…

One thought on “Bila ‘Si Anak’ Kata Bapanya Saja Paling Layak…

  • December 31, 2017 at 17:33
    Permalink

    Bapa dia cemerlang 5 dari 5 PRU lebih 2/3 majoriti. Pembangkang macam DAP dan PAS umpama melukut tepi jamban.

    PM sekarang tidak boleh claim kejayaan itu dulu. Pencapaian kerusi terburuk . Ini fakta matematik. Kena terima

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!