Hasrat perangi rasuah Dr. Mahathir tidak selari dengan kekayaan anak

Share

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat memulihkan ekonomi negara sekiranya Pakatan Harapan memerintah dengan menghalang rasuah tidak selari dengan isu berkaitan kekayaan luar biasa yang dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.

Dalam ucapan dasarnya, Tun Mahathir berkata, kerajaan gabungan empat parti itu akan menghalang rasuah secara tegas dan perasuah pula akan dikenakan hukuman penjara secepat mungkin mengikut undang-undang.

“Tidak akan ada sesiapa yang dikecualikan atau kebal. Mereka yang tiba-tiba kaya akan diziarahi oleh pegawai-pegawai baru dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka dapat menjelaskan punca kekayaan mereka,” katanya di sini hari ini

Umum mengetahui anak-anak Dr. Mahathir memiliki kekayaan luar biasa sehingga ada di antara anaknya yang memiliki kira-kira 488 syarikat.

Syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih ber­operasi dengan tender-tender kerajaan.

Bagaimanapun, sehingga kini bekas Perdana Menteri itu tidak menafikan perkara tersebut, sebaliknya sekadar memilih untuk berdiam diri.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply