Penyelesaian hutang 1MDB – Malaysia tidak terhutang budi

Sebaran :

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia tidak terhutang budi dengan mana-mana pihak dalam penyelesaian semua hutang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berjumlah AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) bagi tahun ini kepada syarikat milik Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Ujarnya, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penjelasan hutang itu namun perkara tersebut boleh dirujuk kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

“Kita tidak terhutang budi dengan sesiapa pun, kita tidak terhutang budi,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Sistem ePerolehan baharu di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media asing, Straits Times kelmarin yang menyatakan penyelesaian hutang sebanyak AS$602.7 juta (RM2.4 bilion) daripada jumlah keseluruhan AS$1.2 bilion (RM4.9 bilion) dibuat oleh 1MDB dengan melupuskan saham kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan syarikat milik China. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

Leave a Reply