Sekolah Buka Penghasut Pun Timbul

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

Minggu hadapan sekolah akan dibuka semula.

Saban tahun akan menular kisah sedih yuran mahal, buku mahal dan kos mahal oleh segelintir ibu bapa dan guru dengan tujuan menyemai kebencian rakyat kepada kerajaan.

Sebenarnya pendidikan sekolah sudah percuma. Yuran sekolah dan yuran peperiksaan sudah dimansuhkan kerajaan hampir 10 tahun lalu.

Buku teks kini diberi percuma kepada semua pelajar tanpa mengambil kira pendapatan lagi.

Gaji guru, kakitangan sekolah, peralatan, infra, utiliti dan kebersihan ditanggung oleh kerajaan 100 peratus.

Dulu kita tidak gunakan buku latihan, sekarang semua sekolah menggunakan buku latihan. Kos sekitar RM 100 seorang. Kiraan kasar ia adalah sekitar RM 10 sebulan. Jika ada 10 orang anak ia adalah kos RM 100 sebulan.

95% rakyat Malaysia mampu bayar kos ini asalkan mereka mahu menerima hakikat pendidikan anak adalah keutamaan.

Jika tidak mampu insha-Allah ada Pusat Zakat akan membantu. Ada badan keagamaan, kebajikan dan wakil rakyat BN akan bantu. Kena usaha sikit dan berdoa, bukan maki hamun di media sosial.

Namun janganlah rumah ada kereta, ada astro, anda ada telefon bimbit harga beribu dan masih merokok tetapi mengadu tidak mampu beli buku latihan anak.

Kemudian ada yuran PIBG selalunya RM 50 setahun. Mungkin ada yang caj lebih dan kurang. Ini bukan yuran wajib.

Jika anda tidak mampu bayar jangan bayar. Yuran ini untuk membantu kos-kos tambahan di sekolah sahaja. Jika anda tidak bayar pun sekolah kena benarkan anak anda datang belajar.

Namun jika kita bayar dengan ikhlas ia adalah amal kebajikan yang akan mendapat ganjaran dari Allah nanti.

Jadi janganlah maki kerajaan dan Najib Razak jika ada sedikit pertambahan kos pendidikan.

Rasanya boleh dibilang jari jumlah negara yang memberi pendidikan serendah ini.

Selebihnya apa salah mulai Januari 2018 anda menyimpan RM 50 sebulan untuk belanja sekolah anak tahun 2019. Boleh juga disimpan sahaja duit BR1M yang dapat untuk belanja barang sekolah anak-anak tahun akan datang.

Demi masa hadapan, kita harus merancang dan berusaha bukan memaki hamun dalam media sosial.

Memaki hamun dalam media sosial tidak akan mengubah hidup anda hari ini dan akan datang tetapi boleh menjejaskan hidup anda di akhirat.


Sebaran :

Leave a Reply