Mahathir Dah Macam DAP, Perkataan “Lillahitaala” Pun Jadi Modal Politik

Share

PERJUANGAN UMNO dari dahulu lagi untuk agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad juga tahu fakta tersebut. Cuma bezanya kali ini beliau bersekongkol dengan musuh Islam iaitu DAP maka beliau dlihat “berkiblatkan” musuh Islam tersebut.

Sebagaimana yang kita amat maklum, DAP sentiasa menghina bangsa Melayu dan agama Islam secara berterusan sejak dahulu lagi. Masihkah kita ingat isu Kalimah Allah dalam Bible, larangan suara azan, isu murtad, penjualan arak di kawasan majoriti Islam, hina Raja-Raja Melayu dan lain-lain lagi?

Kini penyakit tersebut dilihat berjangkit pada Mahathir pula. Beliau seolah-olah cuba memperlekehkan perjuangan UMNO dan kalimah “Lillahitaala” dengan menyindir laungan Umno ‘lillahi taala’ (kerana Allah Taala) yang dilaungkan ketua penerangan parti itu Tan Sr Annuar Musa dan sekumpulan anggota Umno di Kelantan.

“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno ‘kerana Allah’.

“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata pengerusi Pakatan Harapan.

Mahathir tidak habis-habis lagi menuduh isu derma dari kerajaan Arab Saudi. Nanyuk sangatkah beliau sehingga gagal membezakan diantara derma dan curi? Bukti apa lagi Mahathir mahukan sedangkan kini beliau sendiri diselubungi isu kehilangan berbilion wang Bank Negara dalam perjudian Forex.

Hanya sebahagian kecil wang tersebut dapat dijejak manakala selebihnya dikatakan dicuri oleh mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan skandal Forex Bank Negara tersebut.

Mahathir turut berkongsi rakaman video berkaitan di Facebook, yang menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam loghat Kelantan. Annuar Musa mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno.

Mungkin sudah sampai masanya rakyat didedahkan secara terang dan nyata skandal Forex Bank Negara yang berlaku ketika era Mahathir. Dengan itu mereka akan tahu wajah sebenar pencuri wang negara. Wang Bank Negara adalah wang rakyat manakala wang derma pula adalah pemberian dari negara lain kepada rakyat. Banyak perbezaan dalam perkara ini.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!