Hinanya Mahathir Di Mata PKR, Pakatan Harapan…

Sebaran :

“Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik. Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai Perdana Menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa). Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih,” – Sumber portal pro-pembangkang.

Begitulah syarat yang dikenakan jika mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Syarat-syarat itu difahamkan hasil dari mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu.

Pertamanya, segera bebaskan seorang penjenayah dari penjara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri. Bukan saja menyalahi prinsip kedaulatan undang-undang, ia juga merupakan campur tangan politik terhadap badan judiciari

Dalam erti kata lain, atas kuasa politik, maka seseorang penjenayah itu boleh dibebaskan dari hukuman atas kesalahan yang telah diputuskan Mahkamah Persekutuan, institusi kehakiman tertinggi negara.

Kedua, segera meletak jawatan dan menyerah kuasa kepada Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru. Ia perlu dilakukan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan Harapan berkuasa.

Maksudnya, Mahathir sebenarnya bergelar ‘Perdana Menteri’ hanya pada nama sahaja, namun tidak berjawatan itu secara hakiki. Tergamak sungguh Pakatan Harapan memperolok-olokkan lantikan yang dibuat oleh Yang DiPertuan Agong!

Ketiganya, syarat-syarat yang dikemukakan itu jelas menandakan betapa hinanya Mahathir di mata PKR. Bukan kepalang sungguh sedihnya melihat seorang warga emas diperlakukan sebagai ‘puppet’ sebegitu rupa.

Hadirnya dia di ‘singgahsana’ hanya untuk seketika dan berkemungkinan besar segala pentadbiran negara akan ditentukan dari ‘penjara Sungai Buloh’? Sanggupkah warga emas itu membiarkan maruahnya ‘dipijak’ sebegitu hina sekali?

Sekiranya itu berlaku nanti, tidak hairanlah jika pusat pentadbiran negara akan berpindah ke penjara Sungai Buloh dalam tempoh setahun. Jangan terkejut jika mesyuarat kabinet akan berlangsung di dalam sel penjara. Semua itu tidak mustahil berlaku, bukan?

Pada pandangan penulis, sekiranya ia berlaku sebagaimana yang direncana Pakatan Harapan itu, maka Mahathir akan menempa satu lagi sejarah dunia. Mungkin dia bakal bergelar ‘puppet paling tua’ dalam dunia. Boleh masuk Guinness Book Of World Records, siapa tahu?


Sebaran :

Leave a Reply