DAP gunakan strategi ala zionis

Sebaran :

DAP dikatakan menggunakan strategi ala Zionis untuk memecah belahkan parti Melayu bagi memastikan matlamat politik mereka untuk mentabdir negara ini tercapai.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, strategi yang digunakan oleh DAP ialah dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik.

Beliau berkata, cara itu juga turut digunakan DAP untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya masyarakat cina dengan harapan mereka berada di belakangnya.

“DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu

“Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Beg Sekolah Parlimen Ketereh di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Kalong di sini hari ini.

Sebanyak 10,000 buah beg serta pakaian seragam sekolah telah diagihkan kepada murid Tahun Satu, Pra Sekolah, serta taman bimbingan kanak- kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Parlimen tersebut. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

Leave a Reply