Terima Hakikat. Kos Sara Hidup Setiap Orang Berbeza

Sebaran :

PAKATAN sering memainkan persepsi bahawa kos sara hidup setiap orang di negara ini adalah ditentukan oleh satu atau dua faktor yang sama.  Sepertinya, semua orang akan terjejas kalau minyak naik, semua orang terjejas kalau tarif elektrik naik dan yang seperti itu.

Hakikatnya, kos sara hidup untuk setiap orang adalah berbeza. 

Logiknya, semua orang ada gaji yang berbeza, tanggungan yang berbeza termasuk pegangan aset yang turut berbeza.  Bagaimana Pakatan kata dek kerana berlaku perubahan kepada satu faktor tunggal (penurunan dan kenaikan harga minyak contohnya), semua orang akan menerima kesan yang sama?

Orang 5 anak, takkan sama kesannya dengan orang 1 atau 2 anak.  Orang gaji RM 10,000, takkan sama kesannya dengan orang gaji RM 2,000. Orang satu kereta dengan 3 kereta, satu bini dengan 3 bini dan seterusnya, takkan semua ini boleh menerima kesan yang sama dek satu atau 2 faktor saja?

Jika begitulah halnya, maka kita sudah melihat kesannya yang sama kepada setiap orang di negara ini, tidak kira apa latar belakang kehidupan mereka, tapi kenapa itu tidak berlaku?  Hakikat bahawa kehidupan berjalan seperti biasa pada majoriti besar rakyat negara ini bila berlaku perubahan pada faktor tunggal yang sering diplih unutk dipolitikkan pembangkang, membuktikan bahawa kesannya adalah sangat minimum.

Maka tidak hairanlah bila kerajaan umum semalam harga elektrik tidak akan naik sehingga akhir tahun 2020 – 3 tahun dari sekarang, rakyat tidak melihat sebarang pengumuman pengekalan apatah lagi penurunan harga apa-apa barang dan perkhidmatan, termasuk dari industri yang berasaskan elektrik sepenuhnya pun.

Sebenarnya nak cerita yang itu saja, elektrik tak naik lagi 3 tahun.


Sebaran :

One thought on “Terima Hakikat. Kos Sara Hidup Setiap Orang Berbeza

  • maaf mencelah, tp ini hny pandangan saya ttg apa yg dikatakan kos sara hidup yg berbeza, itu mmg betul tp faktor yg sering digunakan oleh pembangkang iaitu minyak sebenarnya lebih memberi impak dan dekat dgn masyarakat kerana setakat hari ini rakyat lebih berpegalaman dlm situasi minyak naik, dan kesan dari itu adalah makanan minuman,pakaian, barang2 mentah,segala kos projek pembagunan, segala cas yg pernah dikenakan sebelum ini akan turut naik, kerana semuanya boleh dikatakan bergantung pada penghantaran kenderaan yang mgunakan minyak(inilah juga alasan utk kebyakan org gunakan jika ingin naikkan harga barangan mereka). jadi impak inilah yang nampaknya jelas di mata rakyat minyak lebih memberi kesan kpada mereka berbanding bil api/letrik.

    Reply

Leave a Reply