Bila ‘Aristokrat’ Terpaksa Jadi ‘Kerani’ Daftar Parti…

Share

Penulis tersenyum apabila seorang anak ‘negarawan’ bercerita panjang lebar kepada ahli-ahli partinya tentang kronologi permohonan pendaftaran parti ‘cap bunga’ yang berdepan tidak mendapat pengesahan dari RoS baru-baru ini.

Dia dalam kenyataan medianya itu mahu memberitahu tentang tarikh Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) yang dijadualkan pada 30 Disember ini di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, tapi panjang berjela pula ceritanya tentang ‘kesusahan’ mendaftar parti.

Mungkin itulah resamnya bila sejak azali lagi jadi ‘bos’. Dia fikir semuanya mudah. Bila ada orang di bawah, senang saja diarah sesuka hati untuk buat itu dan ini. Bila ‘sangkut’ di sana sini, mulalah dia beri pelbagai alasan menuding jari ke sana ke mari…

Dia perlu belajar dari bawah. Jika dulu semuanya diuruskan oleh orang bawah, kini dia perlu uruskan sendiri. Dia perlu faham semua prosedur dan peraturan dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir untuk memastikan permohonan itu tidak bermasalah.

Agak menghairankan, Mat Sabu dan rakan-rakannya tidak terlalu berdepan masalah ketika mula menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN), tapi parti ‘paling maksum’ pula ‘sangkut’? Nampaknya anak ‘negarawan’ itu patut belajar dari Mat Sabu…

Menariknya, dia akhirnya mengaku bahawa hingga kini struktur partinya masih terkontang-kanting dan huru-hara. Setiausaha Agung parti ‘cap bunga’, Dato’ Kamaruddin Mohd Nor mengesahkan belum ada lagi cawangan ditubuhkan dan ia dalam proses.

Malah Kamaruddin menjelaskan bahawa AGM parti ‘cap bunga’ kali ini hanya akan dihadiri oleh perwakilan di peringkat Bahagian dan kepimpinan Pusat. Kononnya, itulah yang mereka faham dari peraturan yang ditetapkan RoS.

Penulis tidak pasti sama ada apa yang difahami pemimpin parti ‘cap bunga’ itu menepati ketetapan RoS atau tidak. Mereka buat apa yang mereka faham sahaja, bukan mengikut kefahaman yang disahkan oleh RoS.

Maksudnya, jika parti ‘cap bunga’ itu ‘tersalah faham’ lagi peraturan sebenar mengikut ketetapan RoS, maka jangan bising pula jika suruhanjaya itu tidak luluskan permohonan pendaftaran parti mereka.

Pada pandangan penulis, parti ‘cap bunga’ perlu mendapatkan pengesahan ‘hitam putih’ terlebih dahulu dari RoS dulu sebelum mengadakan AGM pada 31 Disember ini. Selepas disahkan AGM yang dirancang itu mengikut peraturan, maka buatlah AGM dengan mengikut garis panduan yang ditetap.

Bila buat AGM nanti, pastikan tidak langgar pula ketetapan yang diberi. Jangan ‘kecoh mengelat’ atau langgar perlembagaan parti sendiri macam tempohari pula. Jika ada perwakilan yang sangsi dan membuat aduan pada RoS, maka senasiblah nanti macam DAP.

Sengih penulis tidak habis lagi sebenarnya. Cawangan pun tidak ada? Ingatkan ramai sangat yang masuk parti ‘cap bunga’. Sembang kuat sangat bunyinya di media sosial, tapi ‘hampeh’? Nak tubuh cawangan pun khabarnya tak cukup korum? Memalukan ‘negarawan’ betul..!

Justeru itu, penulis ingin menyarankan supaya anak ‘negarawan’ itu baliklah ke ‘sekolah’. Belajar mengurus dengan baik dari bawah. Status ‘aristokrat’ tidak bermaksud boleh berbuat sesuka hati macam RoS itu bapanya yang punya.

Ingat kisah UMNO diharamkan Tun Salleh Abas dulu? Dulu bolehlah buat sesuka hati, pecat Ketua Hakim Negara pun tuding jari sana sini, persalahkan orang lain. Sekarang, terimalah pembalasan Allah SWT, nak daftar parti pun ‘kelam hati’ ikut prosedur, kan?

(Visited 21 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!