Paling Banyak Tanah Dijual Ialah Di Pulau Pinang, Kenapa Tak Banding Dgn Palestin? · MYKMU.NET

Paling Banyak Tanah Dijual Ialah Di Pulau Pinang, Kenapa Tak Banding Dgn Palestin?

Share

ISU gadai/jual tanah ini adalah isu paling digemari macai Pakatan, selain kos sara hidup.  Seolah menjadi satu kesalahan pulak menjual tanah di negara ini sekalipun mengikut semua peraturan. Forest City, TRX dan terbaru tanah Felda Jalan Semarak, sekalipun dalam kes itu Felda yang sebenarnya kena tipu kerana tanah mereka dijual tanpa pengetahuan oleh syarikat yang berkenaan.

Tapi ini semua sebenarnya politik saja, bukan sebab ada apa isu dengan tanah yang dikatakan dijual itu pun.  Kalau tanah boleh dijual, ia juga boleh dibeli balik.  Kalau tanah digadai, ia juga boleh ditebus balik tapi gebang macam kalau dah sekali jual, selama-lamanya terjual lah.

Siap banding-banding dengan Palestin lagi – betul bodoh punya kerja.

Penulis katakan politik sebab, DAP di Pulau Pinang menjual lebih banyak tanah berbanding negeri lain dalam negara ini.  Setakat 2016, hanya tinggal 8% saja tanah kerajaan negeri yang tinggal, lain tu semua dah selesai dijual.  Fakta ini disahkan bukan oleh orang lain tapi orang dia juga.

Tak cukup tanah yang ada, ditambak pulak laut supaya tanah itu pun nanti boleh dijual jugak gamaknya.  Bukit-bukit pun banyak dah gondol sebab diratakan untuk dijual.

Sehingga ada satu masa, DAP digelar broker tanah kerana banyak sangat menjual dan menambah pendapatan kerajaan negeri pun dari hasil menjual tanah.  Kenapa tak dijadikan isu padahal bukan tanah saja yang kena jual malah sesetengah itu pembangunan yang dijalankan di atasnya dikatakan menjadi punca kepada tragedi banjir paling buruk dalam sejarah negeri tersebut bulan lepas.

Jika alasannya penjualan tanah di Pulau Pinang oleh DAP itu mengikut peraturan, apa beza dengan tanah-tanah dijual yang dijadikan isu ditempat lain tu, ikut peraturan juga – melainkan dalam isu tanah Felda yang sedang disiasat.

Kenapa tak bising?  Kenapa takde siapa yang bandngkan dengan Palestin padahal tajuknya sama juga – jual tanah.

Atas sebab tertentu, belum ada pihak saja yang mencari kepada siapa tanah di Pulau Pinang ini dijual kebanyakannya – sama ada kepada pihak dalam atau pihak luar atau proksi mereka.  Gamaknya nanti bila masa yang sesuai sampai, memang terbukaklah semua cerita tu.  Bolehlah kita semua menilai siapa sebenarnya yang gila menjual tanah di negara ini dan tidaknya.

Kot awal-awal dedah nanti banyak pulak alasan.

Leave a Reply