Antara Rizab Bank Negara dan Kepentingan Rakyat

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

Salah satu punca penyusutan rizab bank negara ialah tindakan pelabur asing menarik keluar pelaburan jangka pendek mereka.

Dalam pelaburan asing yang bentuk jangka pendek dan ada bentuk jangka panjang.

Dalam bentuk jangka panjang ialah pelaburan dalam industri dan perniagaan.

Pelabur asing datang melabur dalam pembinaan infrastruktur, kilang, pembukaan pejabat serantau (regional office) dan lain-lain bentuk yang memerlukan masa panjang untuk mendapat semula modal dan keuntungan.

Manakala pelaburan asing jangka pendek selalunya dalam bentuk simpanan tetap, saham dan bon-bon jangka pendek.

Pelaburan jangka pendek ini sentiasa volatile. Salah satu penentu utama pelaburan ini ialah kadar faedah semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR).

Kadar ini yang menjadi garis panduan bank mengenakan pinjaman dan membayar faedah kepada simpanan tetap.

Apabila US Federal reserve meningkatkan kadar faedah mereka, ramai pelabur jangka pendek ini mengalihkan pelaburan mereka ke US.

Malaysia ada pilihan untuk cuba mengekalkan pelaburan ini dengan menaikan kadar OPR.

Namun menaikkan OPR akan menyebabkan rakyat membayar pinjaman lebih tinggi. Jadi pilihan yang ada ialah membiarkan perkara ini berlaku.

Selain itu ketika Donald Trump menang terdapat kepercayaan US akan membuat banyak pelaburan dalam infrastruktur mereka. Ini menarik pelabur antarabangsa untuk ke sana, sekaligus menyebabkan mereka menarik keluar pelaburan mereka di negara-negara Asean.

Pengeluaran pelaburan jangka pendek ini menyebabkan permintaan penukaran ringgit kepada US Dollar.

Inilah yang menyebabkan penyusutan rizab asing Bank Negara.

(Ini pandangan rakyat biasa yang bukan seorang ahli ekonomi).


Sebaran :

Leave a Reply