Forex, Bakun, Perwaja Bagaimana Mazlan?

Share

Tidak tahulah sama ada hendak ketawa atau menangis, namun mengenangkan apa yang digesa oleh Mazlan Aliman yang mahu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘tidak dilepaskan’ kerana melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

Kenyataan Mazlan berhubung isu tanah Felda ini membuat penulis ketawa besar.

Penulis tahulah Mazlan Aliman orang politik dari Parti Amanah Negara (PAN). Atas nama pembangkang, memang tugasnya menyerang Kerajaan yang diketuai oleh Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Tapi kalau nak berhujah, biarlah bernas agar tidak diketawakan orang…


Felda kini sedang berusaha bermati-matian untuk mendapatkan kembali hak milik tanah tersebut. Itu namanya ‘bertindak menyelesaikan masalah’ atau bahasa Inggerisnya, ‘problem solving’. Orang lain boleh ‘menyalak’, tapi keutamaan Felda adalah menyelesaikan masalah dengan kadar segera.

Tindakan itu adalah sejajar dengan arahan Najib yang mahu kes ini disiasat dan diselesaikan dengan menjadikan matlamat mendapatkan hak milik ke atas tanah tersebut. Laporan polis telah dibuat dan tindakan-tindakan yang lain akan menyusul.

Persoalannya, apakah salah sekiranya Najib melantik Isa sebagai Pengerusi Felda dahulu? Kerana persepsi Mazlan kononnya Isa bersalah berhubung isu tanah Felda ini maka Najib salah kerana melantiknya?


Jika benar begitu, maka sudah tentu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar ‘dilepaskan’ kerana sepanjang pemerintahan ‘epik’ 22 tahunnya dulu, begitu banyak sekali kesalahan, kerugian, skandal dan masalah berlaku hasil dari individu yang dia lantik.

Sebagai contoh, Mahathir melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tiba-tiba, Anwar buat banyak masalah. Maka secara tidak langsung, Mahathir perlu bertanggungjawab dalam setiap masalah yang dibuat Anwar?

Siapa yang melantik Tan Sri Mohamed Nor Yaacob sehingga menyebabkan negara rugi lebih dari RM31 bilion? Adakah dia dilantik oleh ceti haram dari Pulau Pinang? Bolehkah Mazlan buat gesaan supaya Mahathir bertanggungjawab dalam masalah dan skandal forex itu?


Siapa pula yang menganugerahkan projek Bakun kepada sebuah syarikay ‘kroni’ yang menyaksikan negara rugi berbilion dari projek tersebut? Bila syarikat itu gagal dan bankrap, apakah Mahathir yang wajar dipersalahkan?

Mazlan ingat lagi pada Perwaja Steel di Gurun? Pernah dengar nama Tan Sri Eric Chia? Siapa yang lantik dan beri kuasa penuh kepadanya untuk menguruskan Perwaja Steel yang ‘untung double-trillion-bilion’ itu? Mahathir atau Cik Kiah Janda?

Itu baru sedikit lantikan-lantikan yang pernah dibuat dan dianugerah ketika Mahathir berkuasa dulu. Berani Mazlan sebut depan Mahathir? Jika takut sangat depan Mahathir, berani bersuara lantang depan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir?

Sekiranya ditakdirkan Mazlan jadi Menteri, tiba-tiba salah sebuah agensi kecil yang ketuanya dilantik oleh Mazlan telah melakukan masalah tanpa pengetahuannya, apakah wajar Mazlan dipertanggungjawabkan atas setiap kesalahan itu jika ada?

Justeru itu, agak-agaklah bila hendak berhujah. Penulis tahulah ramai pemimpin pembangkang tidak berkualiti, tapi janganlah nampak sangat tiada kualiti itu di mata masyarakat. Malu dibuatnya nanti. Mudah kata, jadilah pembangkang yang sihat…

Leave a Reply