Isu Tanah Jalan Semarak Tidak Menjejaskan Peneroka Felda

Share

ISU penjualan tanah Felda di Jalan Semarak, ternyata tidak menjejaskan langsung peneroka Felda.  Jangan kata peneroka, berdasarkan penjelasan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad semalam, Felda itu sendiri pun nampaknya tak terjejas dengan penjualan tersebut kerana Felda mungkin hilang tanah tapi Felda juga dapat untung hasil dari penjualan tersebut.

Penulis melihat apa yang berlaku sekarang ialah perbezaan antara dua Pengerusi.  Pengerusi lama jual tanah itu untuk buat keuntungan sekarang, manakala Pengerusi baru nak kekalkan tanah itu untuk buat keuntungan dengan cara lain pulak – mana mana satu pun pokok pangkalnya, untung.

Baguslah kalau Pengerusi sekarang nak ambil balik tanah tersebut, kalau nak diteruskan penjualan pun, tidak ada masalah, yang pentingnya duit tetap masuk.  Lainlah kalau Felda hilang tanah tapi dalam masa yang sama, tidak ada apa yang masuk, itu lainlah ceritanya.

Hakikatnya Felda buat duit lebih banyak dari nilai tanah yang menjadi isu sekarang.

Ibu pejabat Felda pun sekarang sudah berubah di lokasinya, bukan lagi di Jalan Semarak.  Ibu pejabat sekarang terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.  Bangunan setinggi 50 tingkat itu apabila disiapkan pada tahun 2012. sudah pun bernilai RM 950 juta, sedangkan kos pembinaannya hanya RM 700 juta.

Justeru, penjualan tanah ini tidak akan menjejaskan Felda dalam apa cara sekalipun.

Dalam masa yang sama, kita melihat banyak unsur ketelusan hari ini dimana yang mula mendedahkan pun ialah media yang selalu dimomokkan sebagai pro kerajaan.  Zaman Mahathir, mati hidup balik pun keadaan macam ini tidak berlaku.

 

2 thoughts on “Isu Tanah Jalan Semarak Tidak Menjejaskan Peneroka Felda

  • December 22, 2017 at 16:40
    Permalink

    Apa masalah kroni tun mahathir itu ia

    Felda jual tanah pada felcra juga jadi apa masalahnya..
    Felda dan felcra dua-duanya GLC kerajaaan jadi apa masalahya
    Kamu semua patut tengok itu di web aku bagi ini ,felda nak menbantu felcra dengan menbangunkan hartanan di jalan semarak, kalau orang tak penah lalu jalan semarak senang je mereka nak tipu,
    Pergi tengok siapa bangunkan hartanah di jalan semarak itu, nampak sangat media kroni mahathir nak tipu orang felda, orang felcra Kena terangkan pada orang felda tentang pembangunan mereka sedang jalankan

    http://semarak20.felcraproperties.com/

    Mungkin tanah di jalan semarak itu tak dapat pada kroni tun mahathir sebab itu mereka pergi meroyan pada tun mahathir itu

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!