KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA: WAJAH BAHARU LAMAN WEB WWW.NAJIBRAZAK.COM

Share

Bermula 21 Disember 2017, laman web www.najibrazak.com akan berwajah baharu yang lebih menarik, informatif dan mesra pengguna.

Antara ciri-ciri baharu yang akan diperkenalkan adalah ruangan “Pencapaian”, di mana pengguna boleh mengikuti sendiri kejayaan-kejayaan yang telah dicapai termasuk janji-janji Kerajaan Barisan Nasional yang telah ditepati.

Selain itu, ruangan “Rakyat Didahulukan” pula mencerminkan perjalanan transformasi negara yang telah berjaya menambah baik kualiti hidup rakyat serta pengiktirafan antarabangsa yang telah diterima sejak tahun 2009.


Pengguna juga berpeluang untuk meneliti hubungan diplomatik Malaysia dengan dunia luar, termasuk kuasa-kuasa besar global di ruangan “Hubungan Antarabangsa” dan bagaimana hubungan baik yang telah dijalinkan berjaya memanfaatkan negara dari segi ekonomi, kemajuan serantau atau keselamatan.

Semua dijemput untuk melayari laman baru ini bermula 21 Disember 2017.

Mohon untuk hebahan media.


Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad
Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri
21 Disember 2017

Leave a Reply