IMAMS: Yang Penting Rakyat

Share

KEPUTUSAN kerajaan membatalkan sistem IMAMS ini adalah tepat kerana jelasnya perlaksanaan sistem itu tidak sama dengan apa yang telah dibentang di parlimen dan kabinet.  Tak hairan ia dapat banyak bantahan juga termasuk dari Perdana Menteri sendiri.

Sementara Pakatan sibuk dengan GST RM5.10 yang dikenakan ke atas caj sistem tersebut (bukan pakej umrahnya), pihak berkaitan kerajaan seperti Pemuda UMNO membantah sistem itu berdasarkan cara ia dilaksanakan dan apa tidak kena dengannya TANPA menolak tujuan sistem itu diperkenalkan, iaitu untuk memastikan tidak lagi ada jemaah yang ditipu agensi umrah.

Diakhirnya, Pakatan membuat bising kerana politik mereka semata-mata sementara pihak berkaitan kita membantah kerana kepentingan rakyat.  Banyak sangat bezanya tu.  Tapi tak hairan sebab DAP yang menerajui Pakatan, memang tidak berminat dengan kepentingan rakyat, hanya macam mana nak politikkan keadaan saja.

Tak pernah kena tipu dek agensi umrah ni senanglah cakap.

Bagi yang pernah kena tipu, tahulah macam mana perasaaannya.  Dah habis beribu-ribu, bersusah payah kenduri, mengatur perjalanan ke airport dan sebagainya, tahu=tahu tiket takde, visa takde.  Kena yang dah siap berihram dari rumah, dengan seluar dalam tak boleh pakai, puas menahan ngilu dan sebagainnya, free macam itu saja bila tak boleh terbang.  DAP mana tahu semua ni.

Mana cerita GST, mana cerita CEO syarikat Islam tak Islam bila semua itu berlaku, takde, yang ada hanya kekecewaan, kepayahan dan kerugian masa serta wang.  Ini yang difikirkan kerajaan, bukan Pakatan.  Tapi dalam masa yang sama, cara perlaksanaan pun kena bertepatan dengan apa yang telah dipersetujui di peringkat kabinet dan dibentang di Parlimen.

Kalau kabinet setuju dan parlimen pun dah beritahu sistem ini pilihan, jangan jadikannya wajib.  Kalau caj setakat RM 40, jangan jadikannya RM 45.   Ini bukan soal flip flop tapi melakukan apa yang betul untuk rakyat.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!