IMAMs dan Pengurusan Krisis



Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

1. Salah satu kegagalan besar dalam pelaksanaan sistem permohonan bersepadu visa umrah ini adalah tiada “engagement” menyeluruh dan rasional sebelum dilaksanakan.

2. Kesilapan pertama ialah membenarkan sebuah syarikat swasta kehadapan menghantar surat kepada syarikat-syarikat pengendali pelancongan umrah.



3. Syarikat terbabit sepatutnya hanya pembekal sistem kepada Kementerian bukan menjadi orang hadapan dalam sistem ini.

4. Memilih akronim Imams kemudian diketuai oleh bukan Islam telah memberi gambaran yang sangat negatif kepada masyarakat Islam. Ini membabitkan pakej mengembara untuk tujuan ibadah.

5. Kerajaan sepatutnya mengumumkan syarikat penyedia pakej umrah tidak boleh menambah atau menaikkan kadar pakej sedia ada bagi menampung kos pelaksanaan sistem ini.



6. Ini kerana kos pengurusan visa telah pun dicaj dalam pakej Umrah yang beribu-ribu ringgit itu.

7. Lebih penting pelaksanaan ini sepatutnya mendapat sokongan 60% syarikat pelancongan umrah. Jadi apabila diumumkan, syarikat-syarikat ini akan membantu kementerian menjelas dan mempertahankannya.

8. Namun ini sekadar penulisan “after thought” yang memang mudah kerana mengulas perkara yang lalu.



Mungkin boleh dijadikan pengajaran masa akan datang.


Sebaran :


Leave a Reply