AJK PAS PUSAT PENGADU DOMBA!!!

Sebaran :

Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Dr. Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang bertajuk “Ucapan Datuk Hamzah Zainuddin tikam PM dari belakang?” di dalam harakah daily bertarikh 11/12/2017, yang antaranya mendakwa bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin (DSHZ) mungkin sedang menyindir PM atau sedang berusaha untuk menjatuhkan PM dalam PRU14 secara halus. Dr Riduan juga mendakwa DSHZ berhujah dengan menyandarkan hadis tentang peningkatan kos sara hidup adalah Kehendak ALLAH.

Dakwaan bahawa DSHZ mungkin sedang menyindir PM atau sedang berusaha untuk menjatuhkan PM dalam PRU14 secara halus adalah kenyataan daripada seorang yang hendak melagakan dan mengadu domba iaitu (النَّمِيمَةِ)“Annamiimah” . Saya rasa seorang Ustaz yang bergelar Dr. lebih Arif dengan hukum menjadi “Annamam” atau Pengadu Domba.

يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، بَلَى، كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ
“Mereka berdua disiksa. Mereka menganggap bahwa itu bukan perkara besar, namun sesungguhnya itu perkara besar. Orang yang pertama disiksa karena tidak menutupi diri ketika kencing. Adapun orang yang kedua disiksa karena suka Mengadu Domba (namimah).” (HR. Bukhari no. 216 dan Muslim no. 292).

لاَ يَدْخُلُ اْلجَنَّةَ قَتَّاتٌ
“Tukang Adu Domba tidak akan masuk syurga.” (HR Bukhari-Muslim)

Mengadu domba ini adalah perbuatan Dosa Besar dimana syurga adalah haram baginya.

Kenyataan Dr Riduan yang menyatakan DSHZ berhujah dengan menyandarkan hadis Rasulullah SAW bahawa Kenaikan kos sara hidup adalah Kehendak Allah. Amat terkilan di atas pendakwaan ini yang bersifat gopoh daripada seorang Ustaz yang bergelar Dr. dengan mengeluarkan pernyataan yang tidak beliau selidiki dan tidak didengari sendiri. Mungkin beliau kurang faham tentang kewajipan konsep “Tabayyun”. Tuntutan ber”tabayyun” atau selidiki amatlah dititikberatkan dalam Islam sepert ayat di dibawah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.

Namun, jika dirujuk semula ucapan DSHZ yang menerangkan pemahaman beliau tentang hadis “Al Musaq’eer” ini :

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ النَّاسُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، غَلَا السِّعْرُ فَسَعِّرْ لَنَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّازِقُ، وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى اللَّهَ وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يُطَالِبُنِي بِمَظْلَمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ»

Daripada Anas, berkata (sebahagian) sahabat: “Ya Rasulullah, harga barang naik, maka tetapkanlah (harga barang) untuk kami”. Maka baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah, Dialah yg Menetapkan Harga, Yang Menyempitkan, Meluaskan dan Memberi Rezeki. Dan sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yg menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta”. Hadith sahih riwayat Abu Daud.

Bahawa sesungguhnya ;

1) Permasalahan kenaikan Harga Barang telah berlaku sejak zaman Rasulullah saw lagi sehingga sekarang.

2) Terdapat Harga Barang yang boleh dikawal dan Harga Barang yang tidak boleh dikawal (Pasaran Bebas). Dalam erti kata lain bergantung kepada prinsip ekonomi penawaran dan permintaan (supply and demand). Kita hendaklah tidak mencampuri Hak pasaran bebas ini.

Untuk rujukan ucapan penuh DSHZ di sini: https://youtu.be/JYXKgPuqjP atau

Dr Riduan juga mendakwa DSHZ menyamakan semua tindakan kerajaan dan juga YAB PM khususnya menaikkan harga barangan sama dengan sunnah Rasulullah serta YAB PM sedang memusnahkan negara , kenyataan ini amat jelek dan mencela pemimpin membuta tuli.

Jika dikaji dengan dakwaan-dakwaan Dr. Riduan di atas yang menghukum tanpa selidik terlebih dahulu, tohmahan yang mengatakan mentaliti Pemimpin ini rendah adalah terpalit kepada Dr. Riduan sendiri.

Saya sarankan Dr. Riduan mendengar kembali apa yang diperkatakan oleh DSHZ dan beristighfar serta memperbanyakkan brtaubat untuk kembali kejalan islam yg suci murni dan bukan menjadi Pengadu Domba.

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.” (Al-Humazah: 1).

Jangan kerana matlamat kepentingan politik menghalalkan cara dan diharap Dr dapat memohon maaf di atas pendakwaan tidak betul ini.

Marilah sama – sama kita bermuhasabah diri dan menghayati kata – kata para ulamak di bawah:

“Apabila seseorang hendak berkata hendaklah dia berpikir terlebih dahulu. Jika dirasakan perkataannya tidak membawa mudharat, maka bolehlah dia berbicara. Akan tetapi, jika dirasakan perkataannya itu akan membawa mudharat atau ragu-ragu apakah membawa mudharat atau tidak, maka hendaknya dia tidak berbicara”. Imam Syafei.

Sebahagian ulama berkata, “Seandainya kalian yang membelikan kertas untuk para malaikat yang mencatat amal kamu , niscaya kalian akan lebih banyak diam daripada berbicara”.

Sayed Amir Muzzakkir Al Aydrus
Pegawai Khas YB Menteri KPDNKK


Sebaran :

One thought on “AJK PAS PUSAT PENGADU DOMBA!!!

  • Pembangkang bangkang dari longkang he he he….

    Reply

Leave a Reply