Rafizi bohong besar lagi

Share

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi didapati melakukan satu pembohongan besar apabila cuba mengaitkan kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sendiri sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Abdul Rahman berkata, dalam satu sidang media, Rafizi mengatakan beliau telah melakukan siasatan dan dengan yakin menyatakan mempunyai bukti yang kukuh bahawa saudara Raslan Dahlan, yang merupakan Ketua Pegawai Ekskutif PICO Integrated Exhibit Sdn. Bhd, adalah abangnya.

“Sedangkan hanya kebetulan kami berkongsi nama bapa yang hampir sama tetapi Raslan atau nama sebenarnya, Nor Raslan Md. Dahlan tidak mempunyai sebarang kaitan kekeluargaan dengan saya, dia bukan abang saya,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Rahman kemudiannya memperkenalkan lelaki berkenaan pada sidang akhbar berkenaan. -UTUSAN ONLINE

“Rafizi, Kalau Sabun Jatuh Jangan Kutip”

 

Leave a Reply