Kegagalan KPDNKK



Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

1. Kenaikan kos sara hidup memang berlaku. Namun ia bukan dalam keadaan melampau seperti didakwa oleh pengguna media sosial. Kenaikan kos sara hidup masih relatif rendah di negara ini berbanding peningkatan pendapatan.

2. Yang berlaku ialah kenaikan kos gaya hidup secara melampau. Malangnya, KPDNKK gagal dalam memberi kesedaran kepada rakyat dalam hal ini.



3. Tiada kempen jimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan dijalankan secara serius. Pemikiran rakyat tidak pernah dicabar dan ditekan supaya memahami perbezaan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup.

4. Menteri KPDNKK perlu ada agenda memulihkan pemikiran pengguna. Dakwaan kenaikan kos sara hidup secara MELAMPAU adalah tidak benar. Yg berlaku ialah kenaikan kos gaya hidup.

5. Maksud sara hidup ialah cukup makan, cukup pakai, ada asas elektrik, air, pendidikan dan kesihatan. Semua ini dinikmati oleh 90% rakyat dengan kos yang rendah.



6. Jika ada yang tidak mampu mereka telah dibantu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan BR1M.

7. Malaysia adalah antara segelintir kecil negara di dunia yang mampu menyediakan rawatan kesihatan murah. Bayaran RM 1-10 sudah membolehkan anda mendapat ubat dan rawatan kesihatan berkualiti. Tidak perlu ada insurans kesihatan pun.

8. Ini asas kos sara hidup. Tapi jika anda hendak ke klinik swasta dengan bayaran RM 50 untuk panadol dan ubat selsema, ia adalah pilihan anda.



9. Malaysia juga menyediakan pendidikan percuma sehingga umur 17 tahun. Buku teks pun percuma. Jika miskin dapat lagi bantuan makanan tambahan dan lain-lain.

10. KPDNKK perlu memberi tahu rakyat secara berterusan bahawa salah satu punca inflasi adalah pengguna sendiri. Ini memerlukan kaedah propaganda yang betul bukan sekadar menyatakan secara langsung.

11. Propaganda alam bawah sedar, penyampaian maksud secara tidak langsung adalah sangat berkesan.



12. Anda membeli barangan secara pukal atau banyak menyebabkan berlaku permintaan melebihi penawaran. Ia menyebabkan harga barang naik.

13. Dianggarkan 15 ribu tan sisa makanan dibuang setiap hari di negara ini. Ini mewujudkan apa? Permintaan lebih tinggi daripada penawaran dan keperluan. Akibatnya harga akan naik.

14. Kewujudan restoran-restoran makanan segera menawarkan pakej 2 dan 3 ketul ayam telah mewujudkan permintaan yang tinggi kepada ayam. Akibatnya ayam naik harga kerana permintaan melebihi penawaran yang mampu disediakan oleh penternak dalam negara.



15. Perlukah makan ayam 2-3 ketul sebesar ayam
KFC dalam satu hidangan?

16. Dalam konsep sara hidup ia sebenarnya bodoh kerana ia menyebabkan masalah kesihatan pada masa depan. Dalam konteks gaya hidup itulah cara hidup masa kini.

17. Malangnya KPDNKK sendiri tidak ada idea apa yang sepatutnya mereka buat dalam mendidik pengguna mengurangkan inflasi dan memahami perbezaan antara sara hidup dan gaya hidup.

18. KPDNKK semacam lemas berhadapan asakan pengguna media sosial yang terkesan dengan kos gaya hidup.


Sebaran :


Leave a Reply