Setiap Kali PAU, DAP Cari Siapa Nak Dirasiskan

Share

PERHIMPUNAN Agung UMNO ialah perhimpunan terbesar parti politik Melayu di dunia.  Tidak ada tempat lain dimana orang Melayu, serta bumiputera berhimpun dalam jumlah yang ramai begitu untuk membincangkan hala tuju orang Melayu dan bumiputera di negara ini.

Macam-macamlah yang dibincangkan, dari isu agama, pendidikan, ekonomi, hal wanita, hal  orang muda, wanita muda dan sebagainya.  Simboliknya, semua peringkat usia dapat perhatian dalam perhimpunan agung UMNO.

Tapi lain pulak dengan parti DAP ni.  Perhimpunan Agung UMNO ialah medan untuk parti majoriti cina itu mencari siapa dan apa yang nak dirasiskan.  Habislah ucapan semua orang diselidiknya, bukan untuk dicari kebaikan tapi nak dijadikan bahan yang boleh dirasiskan.  Dah berapa kali PAU dah, itulah juga modalnya, dari dulu sampai sekarang.

Sampai panggil Kit Siang “Maharaja” pun jadi isu yang dikaitkan dengan rasis juga. Datuk Sri Najib Tun Razak ulang balik apa yang Mahathir dan Muhyiddin pernah kata (masa dalam UMNO) pasal DAP pun, dituduhnya Najib rasis!!  Ooiii, kawan tu ulang balik apa yang Top Dog  kau pernah cakap lah, rasis kepala bapak kau.

Bahagian Najib kata UMNO tak memusuhi orang cina, orang India, taknak pick up pulak?

Tak rasis pun jadi rasis juga, tak sebut pun dikatakan sebut juga.  Semua hal yang dibincangkan (sesetengah jadi polisi kerajaan), tak dipedulikan.  Sepatutnya DAP, yang mendakwa parti berbilang bangsa, ambil berat apa yang dibincangkan disini sebab ia memberi impak kepada sekerat dua ahli Melayu dalam parti mereka juga.

Justeru rakyat diminta untuk tidak terpedaya dengan mainan DAP ni.  Parti ini tidak akan berhenti memutar belit kenyataan pemimpin UMNO untuk dirasiskan kerana mereka hidup dengan isu-isu yang macam ini – timbul ketakutan kepada pengundi tradisi mereka kononnya UMNO ni menindas kaum tertentu, itu saja.

Leave a Reply