DAP Anti Islam? Kenapa Perlu Terkejut?

Share

Murkanya Tuanku Sultan Selangor terhadap kenyataan Zaid Ibrahim sememangnya berasas.  Sifat anti Islam dan keinginan untuk melemahkan institusi yang memelihara kesuciannya seakan-akan tidak pernah padam dari menjadi matlamat utama DAP.

Konsisten, begitulah apa yang boleh kita lihat pendirian DAP sejak dahulu lagi, terutamanya apabila ianya melibatkan Islam dan Melayu.

Di sidang DUN Selangor, usul untuk memperkasakan dan memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor dari segi struktur dan bidang kuasa perundangan termasuklah aspek infrastruktur dan tenaga manusia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri dari parti DAP, Hannah Yeoh daripada dibahaskan.

Itu sahaja cukup untuk membuktikan, bahawa tiada tempat untuk Islam sekiranya DAP yang menguasai. Hanya usul untuk dibahaskan sahaja sudah tidak diizinkan. Jadi, tidak hairanlah jika sebarang perlaksanaan undang-undang syarikah sering kali dipertikai dan dipersoal. Hudud? Lupakanlah.

Dengan kuasa yang sedemikian di tangan mereka, tidak hairanlah ahli-ahli mereka lebih berani dan kurang ajar, mempertikaikan apa jua yang berkaitan dengan Islam dan Melayu. Maka, institusi istana, selaku kuasa tertinggi dalam hal ehwal syariah negeri juga tidak terlepas dari kritikan dan pertikaian tanpa mahu menghormati kuasa Sultan di negeri jajahan Baginda.

Sehingga artikel ini ditulis, DAP masih belum memecat Zaid Ibrahim atas kebiadapannya terhadap Tuanku Sultan Selangor. Jangan hairan dan pelik jika DAP tidak mengambil sebarang tindakan ke atas ahlinya itu.

DAP tidak anti Islam? DAP tidak anti Melayu? Tanyalah Mahathir, dan semoga ketika soalan itu ditanya kelak, beliau tidak lupa.

“Google” dan carilah sendiri, rentetan peristiwa yang mencabar kedaulatan Islam dan Melayu di Selangor. Bukan satu, malah sudah berkali-kali. Kali ini, Tuanku Sultan Selangor sudah bertitah, sambil melahirkan rasa murka Baginda. Ini merupakan satu signal yang jelas samada kepada mereka yang anti Islam, atau kepada mereka yang cintakan Islam.

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Leave a Reply