Solidariti Palestin: Budak Mahathir Pun Sibuk Jugak, Pergi Buat Mesyuarat Cawanganlah!!

Share

SELURUH negara tahu, hanya PAS dan UMNO saja setakat ini yang menyuarakan bantahan atas keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur – yang terdapat di dalamnya Masjid Al-Aqsa, sebagai ibu negara baru Israel.

Parti-parti komponen Pakatan, melainkan PAN, tidak ada yang menyatakan bantahan secara terang.  PAN itu pun setakat mengomel dalam page FB mereka saja. tak lebih dari itu walaupun dalam banyak hal, kita tahu PAN ialah parti demonstrasi.

Hari ini, kedua Pemuda UMNO dan PAS mengadakan demonstrasi aman di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.  Agak menariknya, sementara Pemuda PAS mengadakan bantahan di sudut mereka sendiri dan pemuda UMNO di sudut sendiri juga, ketua Armada Bersatu dilihat cuba mendapatkan publisiti percuma dengan menyelit dalam demo Pemuda UMNO.

Percuma juga kena halau macam anjing kurap.

Dari sibuk menyelit dalam perkara yang bukan perjuangan kau, lebih baik bantu parti sendiri menyelesaikan masalah untuk mengadakan mesyuarat supaya tidak dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Lagipun apa merit parti-parti Pakatan Harapan ada dalam perkara ni?  Anwar, Ketua Umum Pakatan menyokong Penyelesaian 2 Negara yang antara lain mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel serta melindungi keselamatan negara yahudi Zionis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *