Kit Siang Lebih Baik Serah ‘Mahkota’ Kepada ‘Sahabatnya’…

Sebaran :

Semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil memberikan pangkat ‘maharaja’ kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang penulis percaya dikaitkan dengan sindiran ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP.

Kemudian, kenyataan itu disambut oleh Kit Siang dengan menyerahkan ‘mahkota’ tersebut kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dia memberi alasan kononnya ‘mahkota maharaja’ itu lebih sesuai dengan kenyataan Najib yang UMNO akan memerintah negara ini untuk 1,000 tahun lagi.

Apatah lagi dia mengaitkan kenyataan Najib dengan kenyataan Adolf Hitler yang mahu memerintah selama 1,000 tahun, dan membangkitkan soal demokratik, penulis rasa dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan.

Melihat pada perangai dan respon Kit Siang itu, penulis hanya tersengih sendirian. Kit Siang tahukah apa yang dimaksudkan Najib mahu melihat UMNO mentadbir negara ini selama 1,000 tahun lagi? Atau Kit Siang memang tidak faham bahasa Melayu?

Apa yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO itu ialah beliau mahu UMNO terus menunjangi negara sebagai kerajaan, bukannya Najib mahu dirinya jadi Perdana Menteri dan memerintah negara selama 1,000 tahun lagi. Faham?

Untuk pengetahuan Kit Siang, Najib bukanlah pemimpin yang gilakan kuasa seperti ‘sahabatnya’ itu. Sudah umum bersara politik pada 2003, tapi kembali berpolitik semula. Ingat lagi pada detik ‘dah lama dahhh..’? Dan kini akan dinobat jadi calon Perdana Menteri pula?

Pada pandangan penulis, lebih wajar Kit Siang serahkan saja ‘mahkota maharaja’ itu kepada ‘sahabatnya’. Kelihatan dia lebih sesuai dengan ‘mahkota’ tersebut. Cukuplah Kit Siang dilihat sebagai ‘maharaja Lim’, tapi biarlah ‘sahabatnya’ jadi ‘maharaja Pakatan’.

Lagipun, jika ‘sahabatnya’ itu ‘gila nak jadi maharaja’ pun, khabarnya ‘maharaja Lim’ masih memegang ‘telur maharaja’ tersebut. Jika dia buat perangai, ‘maharaja Lim’ boleh bagi ‘signal’ mahu tarik diri dari kerajaan, boleh tumbang ‘mahkota’ itu dibuatnya, bukan?

Kit Siang perlu faham bahawa gelaran maharaja itu adalah merujuk kepada individu, bukan kepada parti. Namun apa yang dimaksudkan Najib itu adalah merujuk kepada parti, bukan dirinya. Penulis tidak fikir Najib ‘gila kuasa’ seperti ‘sahabatnya’ itu.

Berhubung soal demokratik, maka benarlah apa yang dikatakan Najib. Beliau selaku Presiden UMNO terkini, maka sudah tentu beliau mahu UMNO terus teguh menjadi pilihan rakyat untuk mengemudi negara berbanding Pakatan Huru-Hara yang diterajui DAP sekarang.

Bukannya apa, calon Perdana Menteri Pakatan Huru-Hara pun bukannya sesuai sangat pun untuk menggalas tanggungjawab itu. Usianya sudah terlalu ‘ranum’. Susah untuk tadbir negara jika kerap cuti sakit. Sikit-sikit MC, sikit-sikit MC, bila nak buat kerja untuk rakyat?

Lebih membimbangkan jika ajalnya tiba ketika dia menjadi Perdana Menteri. Bukanlah meminta dia mati. Tapi jika itu berlaku, maka terpaksa pula habiskan duit kerajaan buat pilihan raya kecil, bukan?

Justeru itu, tidak perlulah Kit Siang beretorik sangat tentang soal ‘maharaja Lim’ yang diberikan Shahrizat itu. Tak payah malu-malu dengan gelaran berprestij tersebut, bukan? Orang DAP tentu bangga, terutama Tan Seng Giaw, bukan? Tahniah!


Sebaran :

Leave a Reply