Rawang-Bypass: Jasa Orang Lain, Senang Dia Tumpang

Share

KHABARNYA, Azmin nak merasmikan sekali lagi Rawang-Bypass yang terlebih dahulu sudah dirasmikan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof 4 hari lalu. Berita mengenainya sudah tersebar sejak beberapa hari lepas, malah posternya pun dah siap dan tersebar merata!!

Jika ini benar, entah dimana jasa Azmin dalam projek jalan raya ini sehingga dia pun nak sama merasmikannya juga, kita sendiri pun tidak pasti.

Projek ini, dari segi idea sebenarnya bermula pada tahun 2004, masa itu Paklah Perdana Menteri dan Dr. Khir Toyo Menteri Besar Selangor, zaman Datuk Sri Najib jadi Perdana Menter ni, ia direalisasikanya saja  Kot kedua tokoh itu nak sama merasmikan jalan berkenaan pun tak apa lagi sebab memang terhasil di zaman mereka mengetuai negara dan negeri.


Azmin datang celah mana pulak?

Ini kalau jadi, maksudnya Rawang-Bypass bukan setakat catat sejarah sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia dan paling penting, tak kena bayar tol (hanya berlaku zaman Datuk Sri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri sahaja), malah dari  cara ia dirasmikan – 2 kali!!

Nampak berebut-rebut orang nak menumpang senang dan dalam masa yang sama, curi jasa lain orang.  Apa Pakatan takdak malu sikit pun ke?  Jasa dahlah tak ada, benda dah siap, dia nak menempek pulak.


Sebenarnya, ini bukanlah pertama kali.  Bila Pakatan menawan Pulau Pinang dan Selangor, kedua negeri itu dari banyak segi memang telah berada dalam kelas tersendiri.  Pakatan tempel sana tempel sini, dan claim semua kejayaan itu mereka yang punya.  Betul tak tahu malu.

Anyway, nak rasmi berapa kali pun, rasmilah.  Yang rakyat kawasan situ perlu tahu ialah, jalan itu memudahkan mereka dari segi masa dan selesa, mengurangkan kos sara hidup (jimat minyak dan tak perlu bayar tol) serta pelbagai faedah lain dan semua itu adalah kerana kerajaan persekutuan diketuai BN dan Perdana Menterinya, Najib.

Mahathir kalau masih Perdana Menteri mungkin akan bina jugak jalan tu, tapi macam biasalah, mesti kena tol.  Nampak beza tu kat mana?


One thought on “Rawang-Bypass: Jasa Orang Lain, Senang Dia Tumpang

  • December 3, 2017 at 19:30
    Permalink

    puihh…x malu langsung….kasi tendang ini mangkuk ke dalam jamban asal usulnya

    Reply

Leave a Reply