Siapa Penyamun, Siapa Lanun, Rakyat Dah Tahu!!

Share

PENEMUAN Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal Forex RM32 billion dan tangkapan anak saudara kepada pemimpin besar PKR bersama wang RM 4 juta semalam, membuka mata rakyat siapa sebenarnya bapak lanun dan siapa bapak penyamun di negara ni.

Bukan Datuk Seri Najib Tun Razak tapi semua orang-orang dalam Pakatan sebenarnya!!  Mereka yang melesapkan berbilion wang rakyat, mereka yang sebenarnya mengamalkan nepotisme, kronisme dan entah apa ibllis ma ma yang lain.  Itu yang budak muda-muda tagi dah kaya luar biasa.

Dia sibuk tuduh orang UMNO sebab taknak rakyat tahu pasal dia, itu saja. Macam anjing menyalak – bukan nak takutkan orang tapi taknak orang tahu dia tu sebenarnya takut.

Kena ingat ni, sehingga November 2014, DAP, PKR dan PAS mahu Mahathir dikenakan tindakan atas skandal Forex yang berlaku antara 1989-1992.  Hanya selepas Disember 2014 sahaja (selepas laporan polis pertama mengenai 1MDB dibuat balaci Mahathir), dan dan tu jugaklah skandal Forex bukan lagi masalah kepada Pakatan.  Masuk akal? Kes lama?  Fikirlah, kalau dari 1994 sehingga November 2014 Pakatan bercakap benda sama (skandal Forex Mahathir), apa yang kes lama?

Alih bila Mahathir tukar kem saja, tukar jadi kes lama?  Nampak sangat faham politik semata-mata.

Banding dengan skandal Forex, 1MDB ni dah disiasat oleh macam-macam agensi.  Dari peguam negara, polis, SPRM dan Bank Negara, tidak ada apa salah Najib yang mereka jumpa.  Kalau tuduh Najib pengaruh siasatan dalam negara, macam mana pulak siasatan sama yang dibuat di 7 buah negara asing, kenapa tak satu pun yang mendakwa 1MDB sehingga sekarang?

Satu kes Mahkamah di Singapura yang diwar-warkan tu, sebenarnya tak sentuh nama 1MDB langsung, dah dijelaskan banyak kali tapi puak-puak ni dahlah pekak, bodoh pulak tu, asyik ulang-ulang benda sama tak habis-habis.  Buktinya, 1MDB tidak disenarai hitamkan dimana-mana negara pun sehingga sekarang, tanda tidak ada salah yang dilakukan.

Rakyat bukan bodoh tapi Mahathir?  Dah ada orang luar kata Mahathir ni si tua buta akhlak!!  Faham-faham sajalah.

 

Leave a Reply