Puteri UMNO hantar 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pulau Pinang

Pergerakan Puteri UMNO akan menghantar seramai 500 hingga 1,000 sukarelawan Skuad Puteri Peduli bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sukarelawan berkenaan akan digerakkan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan.

Menurutnya, misi bantuan itu melibatkan Puteri UMNO Pulau Pinang, Perlis dan Perak.



“Antara tempoh yang paling mencabar adalah semasa menghadapi bah dan selepasnya. Oleh itu, sukarelawan berkenaan akan digerakkan mengikut fasa tertentu,” katanya ditemu selepas melawat Kompleks Kraf Johor di Larkin, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Puteri UMNO hantar 1,000 sukarelawan bantu mangsa banjir Pulau Pinang

  • November 6, 2017 at 1:37 AM
    Permalink

    kebenaran yang rakyat lupa nak sedia maklum, berfikir & bertanya:

    1. tidakkah memalukan bila rakyat melihat tiada seekor pun sukarelawan dari ph(dap, pkr, pan & ppbm) turun bantu mangsa banjir walaupun di negeri yang ditadbir sendiri oleh ph seperti di p.pinang?

    2. adapun sukarelawan ph yang menagih dedak siang & malam kerjanya cuma mencipta & menjaja fitnah untuk memburukkan UMNO & BN

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.