Peruntukan Lulus 2015, 57% Projek Kerajaan Negeri Selangor Belum Mula

Sebaran :

1) Laporan Ketua Audit Negara seringkali dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan.

2) Namun begitu, rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional.

3) Beberapa hari lalu, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2.

4) Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan. Ia juga adalah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

5) Laporan itu juga menyebut hanya 8% sahaja keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain.

6) Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015. Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017. Selepas hampir 2 tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor.

7) Azmin Ali selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau.

Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / ADUN Sungai Panjang
30 November 2017, 11 pagi.


Sebaran :

Leave a Reply