Guan Eng Jumpa Anwar Bincang PRU14 Atau RCI Forex?

HARI ini pemimpin Pakatan Harapan tidak senang duduk memandangkan Suruhanjaya DiRaja Siasatan Kerugian Forex Bank Negara telah membuat kesimpulan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian akibat daripada urus niaga forex pada tahun 1992, 1993 dan 1994. Jumlah kerugian untuk tiga tahun berkenaan adalah sebanyak RM31.5 bilion.

Berdasarkan fakta, Suruhanjaya siasatan syorkan agar satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) dan/atau penipuan (cheating) oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Secara tiba-tiba pula Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras. Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo mendakwa Guan Eng dan Anwar membincangkan isu pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Namun menurut penganalisa politik, kedua-dua pemimpin kanan parti pembangkang tersebut berkemungkinan besar membincangkan mengenai keputusan RCI Kerugian Forex yang melibatkan “Top Dog” Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad.

Anwar dimasukkan ke hospital selepas pembedahan “arthroskopik” ke atas bahu kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November lalu. Beliau terlibat dalam kemalangan kecil pada 22 September lalu, ketika kenderaan pengiring melanggar bahagian belakang kenderaan penjara yang membawanya dari HKL ke penjara, selepas menjalani rawatan.

Kesimpulan yang dibuat oleh RCI Kerugian Forex dilihat mengubah landskap percaturan politik Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Tambahan pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) milik Mahathir sedang menghadapi masalah besar dengan Pejabat Pertubuhan Syarikat (RoS) memandangkan mereka gagal mengadakan mesyuarat Agung.

Keadaan ini dilihat mengheret pakatan pembangkang tersebut ke kancah yang tidak sepatutnya. PRU14 terlalu hampir. Mereka perlu membuat persediaan yang rapi tetapi Mahathir dan parti beliau menjadikan pakatan berada dalam keadaan kelam kabut dan huru-hara.

Mungkinkah perjumpaan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim tersebut bertujuan untuk menyingkirkan Mahathir dan parti beliau dari Pakatan Harapan?

One thought on “Guan Eng Jumpa Anwar Bincang PRU14 Atau RCI Forex?

  • December 2, 2017 at 18:44
    Permalink

    musibat guan eng jumpa musibat anwar minta tunjuk ajar macam mana nak buang tangkal bawak sial dalam pakatan

    Reply

Leave a Reply