CUKAI LEBIH TINGGI JIKA LUPUS HARTANAH KURANG 5 TAHUN

Sebaran :

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.

Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007] Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan Akta CKHT 1976 bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 01 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 [P.U. (A) 376/2009]. Ini bermakna pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai mulai 01 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 adalah dikecualikan daripada CKHT.

Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1 Januari 2010 jika pelupusan itu dibuat selepas lima tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai.

Jika pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dibuat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai. Pengiraan dan pengecualian cukai adalah dinyatakan seperti formula di bawah:

(A/B)X C

A ialah amaun cukai yang dikenakan di atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar lima peratus;

B ialah amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan;

C ialah amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu.

Contoh:
ZZ Sdn Bhd membeli rumah kedai pada 24.02.2007 dengan harga RM240,000 dan menjual rumah kedai tersebut pada 04.02.2010 pada harga RM300,000. Tempoh pegangan harta tanah adalah 3 tahun, maka pelupusan tersebut tertakluk kepada kadar cukai 20%. Pendapatan yang dikenakan cukai dengan menggunakan formula di atas adalah seperti di bawah:

RM
Nilai balasan 300,000

Tolak: Harga perolehan 240,000

Keuntungan daripada pelupusan: 60,000

Keuntungan yang dikecualikan:
[(60,000 x 20%) – ( 60,000 x 5%)] / (60,000 x 20%) X 60,000 = 45,000

Keuntungan yang boleh dikenakan cukai berpandukan jadual kadar CHKT:
(60,000-45,000) = 15,000

Cukai yang dikenakan bagi pelupusan pada tahun ke 3: 15,000 x 30% = 4,500

GAMBAR KADAR CUKAI RUMAH

Oleh kerana pelupusan dilakukan dalam tahun ketiga, pembeli atau pelupus dikehendaki meremitkan 3% daripada harga balasan atau kesemua wang balasan (yang mana lebih rendah) kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemerolehan.


Sebaran :

One thought on “CUKAI LEBIH TINGGI JIKA LUPUS HARTANAH KURANG 5 TAHUN

  • Bagus pun mereka ini kenakan cukai sebab mereka ini suka manipulasi harga rumah, terutama harga rumah mewah ini mereka beli banyak kemudian jual, aku tengok rumah dah siap tapi tak ada orang duduk terutama rumah mewah seperti pemaju siap bagi kota pulak dengan pembeli buat pelaburan . Kalau boleh kerajaan hentikan buat rumah mewah itu ikut buat rumah mewah keperluan je, kita tak nak jadi jadi macam hong kong orang beli rumah buat pelaburan bila pasaran hartaan jatuh ramai jadi bankrap, kerajaan kena tumpukan buat kos rendah dan mampu milik bila ada keperluan, aku tengok terlalu banyak rumah mewah, pasaraya dibina, satu aku tengor ini pasaraya terlalu banyak di bina di selangor and k.Lumpur dalam keadaan tak terkawal satu kawasan perumahan sampai ada pasaraya besar dan hipermarket besar dua tiga ini tak baik untuk kawasan perumahan sila hentikan dulu ia burukan pelaburan rental dan penyewaan kedai di kuala lumpur dan selangor kena hentikan pembinaan hipermarket dan pasaraya besar

    Kalau bina pasaraya besar dan hipermarket sila bina diluar kuala lumpur dan selangor seperti kedah, perak, pahang,Kelantan, terenganur,sabah dan serawak Mereka lebih memelurkannya

    Reply

Leave a Reply