Pas anggap Mahfuz kurang jantan.

Sebaran :

Amiruddin lebih jantan daripada Mahfuz

Pas sudah menjangka tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, berita itu langsung tidak mengejutkan malah menyifatkan Amiruddin sebagai lebih ‘jantan’ daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun yakin tindakan itu tidak akan mempengaruhi wakil rakyat Pas lain khususnya di negeri ini untuk beralih arah lebih-lebih lagi pilihan raya umum sudah semakin hampir.

“Secara jujurnya berita ini tidak mengejutkan kita malah saya ucap tahniah kerana dia (Amiruddin) lebih jantan daripada Pokok Sena (Mahfuz) yang sampai sekarang pun tidak berani isytihar keluar dari Pas.

“Pasal baiah itu dia tanggunglah, cuma di Kedah dan negeri lain tidak ada taklik talak dimasukkan dalam baiah seperti Kelantan, mereka hanya berbaiah untuk kekal dalam parti.

“Sesiapapun yang langgar tetap kena tanggung kerana baiah itu dimulai dengan sumpah atas nama Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti 2017 peringkat negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Amiruddin pada Ahad lalu mengumumkan penyertaannya dalam PPBM selepas menyerahkan borang keahlian parti kepada Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – UTUSAN ONLINE

Giliran Amiruddin kemuka usul tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat

Isu Amiruddin: PAS Kedah Perlu Ambil Iktibar


Sebaran :

Leave a Reply