Lebih Banyak Projek Infra Rakyat Akan Dilaksanakan – PM

Sebaran :

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.

“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di akaun Twitter beliau.

Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada pengguna jalan raya bermula 6 pagi ini.

Jajaran baharu sepanjang sembilan kilometer bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 Nov lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.

— BERNAMA

FAKTA MENARIK MENGENAI JALAN PINTAS RAWANG

JANJI DITEPATI: RAWANG BYPASS DIBUKA KEPADA PENGGUNA TANPA TOL

01: Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) kini telah dibuka kepada pengguna mulai hari ini Selasa 28 Nov 2017, jam 9.00 malam tadi.

02: Rawang Bypass adalah jambatan tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 58.2 meter dari aras bumi, sepanjang 9km.

03: Merupakan antara projek termahal negara yang menelan belanja sebanyak RM630 juta.

04: Mengapa mahal? Selain projeknya yang rumit kerana banyak laluan tergantung, antaranya kerana menjaga alam di sekitarnya. Namun dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan dan pulangan kepada rakyat, insyaAllah.

05: Menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Dan sebab itulah juga mengapa ia dibina setinggi hampir 60 meter, kerana menjaga alam di sekitarnya.

06: Banyak spesis pokok unik di sekitar projek lebuhraya ini antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam kuantiti yang kecil di hutan negeri Selangor. Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini tidak musnah kerana projek ini.

07: Pembalak haram atau peminat kayu jangan senyum pulak. Jika korang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, korang boleh didenda sehingga RM 1 juta!

08: Mampu memendekkan perjalanan, dari bandar Rawang ke Kuala Lumpur yang dulunya 2 jam menjadi hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan waktu puncak mestilah kurang dari 30 minit!

09: Oh ya, jangan risau. Lebuhraya ini tanpa tol dan tidak akan membebankan rakyat. Ini zaman Najib, bukan zaman atok. Don’t worry.

10. Ini bukan projek Azmin Ali. Saja peringat, bukan apa, dia kan suka claim kredit.


Sebaran :

Leave a Reply