Alkisah ‘Aristokrat’ Dimalukan Di Sebuah Kampung…?

Sebaran :

Baru-baru ini, alkisahnya tularlah sebuah hikayat tentang seorang ‘negarawan ulung’ yang direncanakan hadir untuk menyampaikan ceramah ‘hasutan’ politiknya di sebuah kampung dalam salah sebuah daerah yang terletak di utara semenanjung negara.

Malangnya, difahamkan penduduk di kampung tersebut telah ‘menghalau’ program ceramah itu dan terpaksa dipindahkan ke kampung kedua. ‘Memilukan’, kampung kedua pun menolak dan akhirnya program tersebut terpaksa dipindahkan lagi ke kampung ketiga.

Mungkin insiden ‘tidak diterima’ itu agak membesarkan ‘kemaluan’nya, maka dia dikatakan tidak hadir ke program ceramah tersebut dan digantikan oleh anaknya. Mungkin dengan tindakan itu, maka anaknya saja yang mampu menahan ‘tebal muka’ di program berkenaan.

Program ceramah itu dikatakan berlangsung dengan baik. Ramai yang hadir khabarnya hampir mencecah seribu orang. Ditemani oleh seorang pemimpin PAS ‘harum manis’, segalanya berlangsung dengan lancar walau hujan rintik turun pada awal program tersebut.

Malang sekali lagi menimpa. Ketika anak ‘negarawan ulung’ itu menyampaikan ceramah, hujan dikatakan turun lebat. Lebih memeritkan, boleh dikatakan hampir 90 peratus dari mereka yang hadir di program tersebut ‘lari menyelamatkan diri’, meninggalkan majlis.

Tidak dapat dipastikan benar atau tidak, namun dikatakan bahawa mereka yang hadir di program itu rupanya ‘diimport’ dari luar dan bukan penduduk tempatan di sekitar daerah itu. Khabarnya dari daerah dan negeri lain yang terpaksa datang ekoran desas-desus kemungkinan program ceramah itu mungkin tidak dapat sambutan…

Meskipun begitu, beberapa ‘macai’ parti ‘cap bunga’ mendakwa kisah ini kononnya ‘palsu’, lalu ditunjukkan rakaman video hadirin yang menyambut ketibaan anak ‘negarawan’ itu. Padahal, yang menjadi isu adalah hadirin meninggalkan majlis ketika dia berceramah, bukan?

Biar apa pun, sama ada benar atau tidak tentang kisah yang menjadi perbualan tular ini, penulis tidak dapat pastikan kerana penulis tidak hadir di program tersebut. Namun lebih kurang begitulah diceritakan oleh rakan-rakan penulis yang datang dari negeri berkenaan.

Jika benarlah bagai ditularkan itu, maka simpati penulis tertancap pada anak ‘negarawan’ itu sebenarnya. Jika betul, maka jelaslah bahawa dia bukan saja tidak berpengaruh dalam UMNO dulu, malah turut gagal meraih pengaruh dalam parti barunya.

Mungkin dia popular, namun dia harus ingat bahawa populariti perlu diterjemahkan dalam bentuk undi. Kerana rasa popularlah maka dia kalah teruk dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO dulu. Jika tidak ditolong ‘negarawan’, lagi teruk dia kalah ketika bertanding Naib Presiden UMNO sebelum ini.

Hakikatnya, sedar atau tidak, dia bukan sesiapa pun. Dia hanya seorang lelaki yang ber’bin’kan seorang ‘negarawan’. Tanpa nama ‘negarawan’ itu, mungkin dia hanya mampu menjadi kerani, eksekutif atau mandur kilang fiber optik.

Hanya menjaja diri dengan menumpang populariti ‘negarawan’, maka dia fikir boleh jadi Perdana Menteri dengan mudah? Jadi Menteri Besar pun tewas kepada pemimpin lulusan SPM! Nampak sangat ‘naga aristokrat’ tak mampu tewaskan ‘cacing tempatan’!


Sebaran :

Leave a Reply