UPSR: Keputusan Kan Boleh Periksa Online, Mana Boleh Tahan Sebab Tak Bayar Yuran?

Sebaran :

DAH beberapa hari sejak cerita konon pelajar UPSR tak boleh ambil keputusan sebab tak bayar yuran ni berlegar.  Fikir penulis, zaman moden dimana keputusan boleh diperiksa secara online ni, siapa bodoh saja percaya ada pelajar tak boleh ambik keputusan sebab tak bayar yuran.  Apatah lagi zaman ini kerajaan tidak kenakan yuran di sekolah, bukan hidup seperti dalam zaman Mahathir dulu.  Kalau zaman Mahathir dulu yelah, yuran kena bayar, buku teks kena beli.

Justeru, tidaklah penulis mengambil peduli tentangnya.

Tapi nampaknya penulis memandang rendah kebodohan penyokong Mahathir dan Pakatan.  Sudahlah begitu kreatif mencipta cerita bohong ini berkajang-kajang panjang, boleh pulak menyebarkannya ke sepenjuru alam tanpa ada rasa bersalah sikit pun. Dah dijelaskan pun, masih disebarkan jugak lagi.  Malangnya, ada jugak yang cukup bodoh untuk mempercayainya.  Ada pulak surat khabar picisan yang kutip cerita ni masuk dalam FB mereka, lagilah merebak cerita tak betul ni.

Entah apa masalah dengan orang kita pun tak tahu.

Hakikat bahawa tidak ada nama pelajar dan nama sekolah yang terlibat disamping hakikat bahawa keputusan boleh diperiksa secara online atau SMS, membuktikan ini adalah cerita bohong rekaan Pakatan.  Pakatan dengan bohong ni macam dah tak boleh nak dipisahkan lagi dah.  Kalau bohong mesti Pakatan, kalau tak membohong, bukanlah Pakatan.

Semua inilah nanti yang akan menjadi modal Pakatan terus membohongkan rakyat Malaysia pasal mudah benar percaya benda tak masuk akal.  Pakatan memerhati dengan riang perkara ni sebab boleh guna modal lama dalam pilihanraya yang akan datang.  Sampai berbuih mulut kempen suruh periksa sebelum sebar pun tak guna kalau sendiri tak mahu berubah.

Penulis tak terperanjat kalau pembohongan 40,000 bangla mengundi BN yang berlaku dalam PRU13 dulu, akan berlaku dalam PRU14 yang akan datang melihat kepada sikap orang kita sekarang.

 


Sebaran :

Leave a Reply