Jenama Proton Bukan Mahathir Reka Pun Tapi Ambik Dari Nama Partikel Atom

Share

ADALAH menjadi satu kegelian di hati penulis bila macai Pakatan yang ketandusan isu menjadikan perubahan nama Proton di China sebagai perkara yang perlu diperbesarkan, seolah ada kedaulatan yang yang sudah dijual.  Modal itu jugaklah tak habis-habis – jual kedaulatan.  Kepala bapak depa betul lah.

Padahal syarikat kereta mengubah jenama (rebranding) mengikut kehendak pasaran tempatan ini bukanlah isu baru malah sudah lama dan biasa dilakukan – google kalau tak percaya.  Apa soal kedaulatan yang ada disitu, syarikat swasta kot, lantak dialah nak guna nama apa pun, apa ada kaitan dengan kerajaan sehingga nak timbul isu kedaulatan?  Cuba berhenti jadi bodoh sekejap, apa dah takdak isu lain ka?  Bila minyak naik, semua cerita minyak naik, bila minyak turun, dok melalak benda lain pulak, tak habis-habis menunjukkan bodoh.

Apa pun nak sebut disini bahawa, sementara rakyat negara ini mengenali Proton sebagai syarikat kereta, hakikatnya di seluruh dunia, Proton pada asalnya adalah nama kepada partikel atom.  Mahathir yang ‘curi’ nama itu buh jadi jenama kereta kononnya ia adalah akronim kepada Perusahaan Automobil Nasional.  Kalau difikirkan macam mana Perusahaan Automobil Nasional boleh jadi akronim kepada Proton? Pr, bukan Per, Automobile bukan on dan sebagainya.   Tak masuk akal langsung.

Tapi yelah, pada waktu itu (1985) hanya ada suratkhabar dan TV yang dikawal Mahathir, nak tak nak terima jugaklah apa juga yang disumbat masuk.  Menariknya, nama asal itu pun Mahathir ‘curi’ dari nama partikel atom, bila orang lain tukar nama yang sesuai untuk pasaran dia, timbul isu kedaulatan apa pulak?

Yang penting sekarang ialah Proton – setelah bebas dari cengkaman Mahathir, perlulah menjana keuntungan tanpa perlu menghabiskan lagi duit rakyat.  Cukup-cukuplah dengan berpuluh billion wang rakyat untuk menubuh dan menanggung Proton selama ini, masanya tiba untuk Proton jana keuntungan yang sebenarnya.  Begitu banyak duit rakyat dah habis dalam Proton, hujung-hujung kereta keluarannya rakyat kena beli jugak, bukan free.

Lagipun, apalah ada pada nama?  Nama gah tapi rugi memanjang buat apa?  Dahla tu, bukan nama asal dari sini pun, tapi ‘curi’ nama partikel atom!!!

2 thoughts on “Jenama Proton Bukan Mahathir Reka Pun Tapi Ambik Dari Nama Partikel Atom

  • November 27, 2017 at 14:12
    Permalink

    PROTON = PeRusahaan OTOmobil Nasional…

    Reply
  • November 27, 2017 at 16:11
    Permalink

    kenapa tun mahathir tak kliam pada russia ambil perkataan Proton Jadikan roket pergi ke angkasa..

    Macam ini toyota masuk pasaran di amerika pakai nama lain di american untuk kereta mewah dia.

    Proton dah lama guna nama lain di china pada 2009 lagi. Tun mahathir semasa dia jadi penasihat dulu tun mahathir cuba bodohkan orang. Ini aku tunjuk video ini.

    https://youtu.be/g-E5-Aoq9q8

    Reply

Leave a Reply