AZMIN ALI DAN PEMBANGKANG INGKAR TITAH TUANKU SULTAN JOHOR

Sebaran :

Beberapa hari yang lepas, DYMM Sultan Johor, Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Iskandar telah menyuarakan kebimbangan mendalam baginda terhadap
kemelut yang menghantui orang Melayu pada hari ini.

Kebimbangan baginda terhadap krisis orang Melayu tersebut telah dikeluarkan
oleh pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor, Royal Press
Office (RPO) sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-59.

Selepas kegusaran tentang krisis orang Melayu disuarakan sendiri oleh Sultan
Johor, nampaknya kebimbangan tersebut tidak sama sekali diambil berat oleh
segelintir pihak.

Ketika pelbagai pihak sanggup mengetepikan perbezaan ideologi politik dan
sebagainya bagi menyahut seruan Sultan Johor yang mahukan pemimpin
Melayu duduk semeja, bermuafakat dan berbincang masalah serta
kepentingan orang Melayu. Wujud pihak yang tidak senang melihat usaha
tersebut.

Malah selepas melihat titah tersebut, makin hebat gerakan bagi memecahbelahkan
perpaduan rakyat di negeri Johor.

Buktinya bagaimana Parti KEADILAN Rakyat (PKR) bersama komponen Pakatan
Harapan Johor membuat Jelajah KEADILAN di Tebrau pada 2 hari yang lepas.

Paling mengejutkan kehadiran Azmin Ali ke Johor sebagai penceramah utama
jelajah tersebut. Kehadiran beliau ke Johor juga ketika YAB Menteri Besar
Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin baru sahaja selesai membentangkan
Bajet Johor 2018 pada hari Khamis yang lalu.

Rakyat Johor melihat kandungan bajet kali ini begitu menyeluruh dan inklusif
serta mencakupi keseluruhan lapisan masyarakat.

Malah, bajet tersebut juga memberi gambaran yang jelas bagaimana negeri ini
telah ditadbir dengan begitu baik sekali hasil kejayaan dan pembentangan
terus kepada rakyat melalui penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang
lalu.

Kehadiran Azmin Ali dan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Johor
tersebut merupakan satu tindakan terdesak dan cuba mensabotaj usaha
Kerajaan Negeri.

Kami hendak tanya kepada Azmin Ali, ada Menteri Besar Johor turun ke
Selangor memburuk-burukkan Menteri Besar Selangor di negeri Selangor
sendiri?

Secara peribadi, tindakan Azmin yang menabur fitnah serta menyebarkan
kebencian adalah kerana beliau begitu mencemburui sosok kepimpinan Khaled
Nordin yang berjaya memacu dan mentadbir negeri ini dengan begitu baik.

Malah beliau juga tidak senang melihat kejayaan Bajet Johor 2018 yang bakal
dinikmati oleh rakyat Johor.

Nasihat kami, daripada menabur fitnah adalah lebih baik Azmin Ali menghadap
Sultan Johor dan memohon ampun bagi pihak Tun Mahathir.

Ia susulan tindakan Tun Mahathir yang telah mengguriskan hati Sultan Johor di
atas berkaitan isu Bugis.

Mengguriskan hati Sultan Johor sama dengan telah mengguriskan hati seluruh
rakyat Johor.

Kepada pelbagai pihak yang ingkar terhadap titah dan seruan tersebut, yakin
dan percayalah, bahawa segala usaha dalam memecah-belahkan dan
menggagalkan segala pembangunan tidak akan berjaya sama sekali di Johor.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor


Sebaran :

Leave a Reply