Tudung: Adui, Parah Macam Ni…Kalau Ya Pun, Janganlah Cakap Dengan Orang

Share
Gambar Hiasan

MEMANG kalau ikut hukum Islam, isteri wajib taat kepada perintah suami TAPI setakat mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah swt dan Rasulnya lah

Begitu juga dengan mendedahkan keaiban sendiri, ini juga perkara yang sangat ditegah dalam agama.  Sebab ini portal politik, penulis tidak menyertakan nas-nas yang menyokongnya, nanti dikata pulak mempermainkan agama, tapi memang itulah yang sebenarnya.  Tak percaya, boleh bertanya kepada orang yang tahu.

Kalau apa suami suruh pun buat, itu bukan taat mengikut kehendak agama, itu taat meng’khinzir’ buta namanya.  Ini baru satu bab (tudung), kalau suami suruh buat benda yang lebih dahsyat lagi, mencuri contohnya, nak ikut juga ke?

Dalam masa yang sama, aib suami pun kena dijaga.

Kalau suami mungkin terkhilaf tentang sesuatu perkara berkaitan hukum, isteri janganlah dengan senang dan bangganya memberitahu kepada dunia.  Apatah lagi ini suami yang mengaku membaca Al-Quran dan dengan itu faham akan Islam lebih dari orang lain yang tak berapa nak membaca ni.

Begitupun, beginilah gamaknya gambaran keseluruhan pegangan Islam yang dipegang oleh keluarga ini agaknya ya.  Padanlah dari mak, sampai ke anak, cucu dan sebagainya, semuanya nampak tidak menerapkan nilai-nilai yang orang Islam semua faham.

One thought on “Tudung: Adui, Parah Macam Ni…Kalau Ya Pun, Janganlah Cakap Dengan Orang

  • November 24, 2017 at 14:59
    Permalink

    Dia dah bagi sebab

    Mungkin isteri Presiden sekarang boleh bagi sebab dia pulak.

    Paling best kalau dia kata ” Itu aku punya suka lah. Rambut aku!!”

    Pasti sokongan golongan wanita meningkat mendadak. Feminist agung.

    Reply

Leave a Reply