Mahathir & Mugabe – Dua Diktator Yang ‘Resign’

Share


SEBELUM semalam, Mahathir adalah satu-satunya self proclaimed diktator dalam dunia yang meletak jawatan secara sukarela.  Gelar diktator ni, bekas musuh yang sekarang jadi kawan-kawan dia dalam Pakatan jugak yang gelarkan dan dia mengaku pulak tu, cuma katanya dia satu-satunya diktator yang meletak jawatan dalam dunia.

Diktator lain, sama ada tumbang secara rampasan kuasa atau terbunuh dalam proses itu.

Tapi hari ini, Mahathir sudah ada kawan, nama dia Mugabe dan ironinya, dua tua kutuk ini memang benar-benar berkawan pun di garis masa yang sebenar.  Masing-masing bukan saja sebaya dari segi usia dan tabiat nak berkuasa selama boleh, tapi juga pernah mengguna duit rakyat untuk berbalas-balas hadiah sesama mereka.

Itu yang pelik bila pengendali akaun Twitter milik Mukhriz, cuba mengaitkan Mugabe yang semalam meletak jawatan, dengan Datuk Sri Najib pulak!!  Apahal kau, Mugabe tu kawan baik bapak kaulah, Najib apa kena mengena?

Mahathir, dari banyak segi, adalah sama dengan Mugabe, bukan Najib – terutama bab kemaruk nak berkuasa walaupun umur dah di hujung senja.  Orang takde akal saja cuba mengaitkan Najib dengan Mugabe dan sememangnya penyokong Pakatan dan Mahathir, kurang berakal pun.

Dah, pergi buat mesyuarat cawangan!!

One thought on “Mahathir & Mugabe – Dua Diktator Yang ‘Resign’

  • November 23, 2017 at 13:35
    Permalink

    Hahaha , kira nasib baik la zaman madey dulu tu tadak lagi FB Twitter dan media social lain. Internet pun hanya boleh diakses oleh segolongan kecil rakyat Malaysia. Media konvensional pula disekat dari edaran jika memihak pada geng reformasi. TV lagilah tak ada harapan untuk pemimpin pembangang ketika itu untuk muncul.

    Jika tidak jadilah madey spt mugabe ni.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!