Hospital Pasir Gudang : HASSAN KARIM CEMBURUI KEPIMPINAN KHALED NORDIN

Umum mengetahui bahawa projek pembinaan Hospital Pasir Gudang
merupakan satu keperluan amat mendesak bagi memberikan
perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat khsusnya di negeri
Johor.

Hal ini kerana permintaan yang begitu tinggi serta kepadatan yang
berlaku di 2 hospital utama iaitu Hospital Sultanah Aminah serta
Hospital Sultan Ismail. Pembinaan Hospital Pasir Gudang merupakan
satu kemestian yang perlu dilaksanakan bagi kerajaan terus menjaga
kebajikan kesihatan rakyat.

Khabar gembira tentang pelaksanaan hospital telah diumumkan oleh
YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan bakal
dimulakan kerja-kerja pelaksana pada tahun 2018 disambut penuh
rasa syukur oleh seluruh rakyat Johor.

Tetapi yang menghairankan, masih wujud beberapa individu-individu
yang dangkal serta penuh hasad dengki yang tidak senang melihat
setiap usaha Kerajaan Negeri yang begitu komited mentadbir negeri
ini.

Begitulah gambaran terhadap situasi Hassan Abdul Karim, Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat Johor (PKR) yang mempertikai pembinaan
Hospital Pasir Gudang seperti yang telah diumumkan oleh YAB
Menteri Besar Johor.

Beliau melalui kenyataan medianya baru-baru ini mempersoalkan
bagaimana projek Hospital Pasir Gudang ini boleh dilaksanakan
sedangkan Kerajaan Pusat langsung tidak pernah meluluskan projek
ini.

Selain itu, beliau juga seolah-olah memandang sinis segala usaha
bagi melaksanakan projek ini. Sedangkan pada hakikatnya
pembinaan hospital ini bakal memberikan kemudahan kesihatan
berkualiti tinggi serta dapat menampung jumlah permintaan
kesihatan yang tinggi di negeri Johor.

Apabila kami melihat kenyataan ini di buat oleh pemimpin utama
Pakatan Harapan Johor bahkan merupakan nakhoda PKR Johor, ia
secara terang dan nyata menonjolkan kebodohan dan betapa
ceteknya pengetahuan Hassan Karim terhadap perkembangan yang
berlaku di Johor.

Bagaimana Hassan Karim boleh mengatakan bahawa projek Hospital
Pasir Gudang ini tidak pernah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan?
Pada fakta dan hakikatnya, projek Hospital Pasir Gudang merupakan
1 daripada 5 hospital baru yang bakal dibina di seluruh negara yang
telah dibentang dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2016 dengan
melibatkan peruntukan tambahan RM4.6 billion.

Melalui pengumuman Bajet 2016 itu juga selain Hospital Pasir
Gudang, 4 lagi daerah iaitu Kemaman, Pendang, Maran dan
Cyberjaya juga bakal memiliki hospital baru.

Selain itu juga, pembinaan Hospital Pasir Gudang juga termasuk
dalam Rancangan Malaysia ke-11 dengan kos sebanyak RM500 juta
yang mana ia turut dilengkapkan sembilan kepakaran utama dan
berkapasiti 300 katil.

Malah segala perkembangan berkaitan hospital ini juga sentiasa
dimaklumkan dan diterangkan dengan penuh terperinci oleh
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Bagaimana Hassan Karim sebagai pemimpin pembangkang tidak
mengetahui tentang segala perkembangan ini? Adakah ADUN
pembangkang di Johor tidur dan buta dengan segala fakta ini?

Malah baru-baru ini, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed
Khaled Nordin menerangkan secara jelas dan terperinci punca
kelewatan hospital ini adalah kerana proses pembinaan hospital
tersebut perlu melalui pelbagai peringkat sebelum ia dilaksanakan.
Tambahnya lagi, kerajaan juga perlu mencari tapak yang sesuai bagi
pembinaan hospital ini serta perlu menyelesaikan pelbagai proses
teknikal serta pelbagai faktor penting.

Ia penting supaya Hospital Pasir Gudang ini dapat dibina mengikut
spesifikasi terbaik supaya mampu memberikan kemudahan
kesihatan yang terbaik kepada rakyat.

Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang ini menggambarkan kerja
keras serta usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa komited dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Usaha Hassan Karim ini tidak ubah untuk mencari publisiti murahan
di kawasan Pasir Gudang.

Ia tindakan terdesak bagi mendapatkan perhatian rakyat terutama
dalam usaha beliau bertanding di Parlimen Pasir Gudang untuk
PRU14 selepas tewas di Parlimen Ledang pada PRU13 yang lalu.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *