Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 bukti UMNO inklusif

Share

Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 yang berlangsung hari ini membuktikan UMNO adalah sebuah parti yang inklusif dan serius terhadap usaha mencari sentuhan baru dalam mengemudi kepentingan orang Melayu serta memimpin negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana konvensyen yang berlangsung hari ini tidak semata-mata berkisar kepada soal politik serta pilihan raya umum sahaja malah perbincangan hari ini merangkumi topik-topik yang menyentuh mengenai soal ekonomi, pendidikan, geo-politik dan lain-lain

“Kita dapat lihat hari ini konvensyen ini bukan hanya disertai pemimpin UMNO malah ia turut melibatkan tokoh ekonomi, agama, pendidikan dan jurucakap-jurucakap Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

“Segala perbincangan sepanjang konvensyen ini juga akan dijadikan persediaan dan panduan oleh jurucakap yang akan membahaskan usul sepanjang Perhimpunan Agung UMNO berlangsung nanti,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Permerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Utusan

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!