#BajetKedah2018: Realistik Vs 6 Mega ‘Khayalan’…

Share

Khabarnya berakhir sudah sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini yang menyaksikan Bajet Kedah 2018 yang bernilai RM1.38 bilion telah diluluskan. Kebetulan, penulis menerima butiran bajet negeri itu baru-baru ini dari seorang rakan di sana.

Meneliti satu persatu segala butiran belanjawan tersebut, apa yang jelas ialah Kerajaan BN Negeri Kedah tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun mengemukakan perancangan perbelanjaan yang realistik dan memberi manfaat yang baik kepada semua pihak.

Bajet Kedah 2018 yang dibentang Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu sememangnya defisit, bersesuaian dengan negeri membangun. Siapa yang belajar ekonomi pasti tahu bagaimana sifatnya bajet bagi sesebuah negeri atau negara membangun.

Namun yang membanggakan, ini adalah kali kedua berturut-turut Ahmad Bashah berjaya mengurangkan defisit kerajaan negeri, tanpa memohon bajet tambahan. Bukan macam bajet ‘graduan luar negara’ itu yang tinggi defisitnya, diminta pula bajet tambahan!

Penulis turut mengikuti perkembangan perbahasan bajet Kedah itu melalui paparan ‘live’ di media sosial. Terus terang penulis katakan, beberapa kali penulis ketawa besar melihat Adun Pakatan Harapan ‘diperbudak-budakkan’ begitu saja di dalam dewan.

Mereka beberapa kali cuba mencelah untuk mengganggu penggulungan Exco dan Menteri Besar, namun jawapan yang diberikan membuat Adun-Adun pembangkang itu kelihatan begitu ‘blur’ dan jahil. RMK 11 dan Bajet Tahunan pun dia tak dapat beza?

Selain itu, soalan-soalan yang dikemukakan juga memperlihatkan mereka tidak membuat ‘home work’ dan bagaikan ‘tidak tahu apa-apa’. Orang lain semua faham apa yang diperbahaskan, namun dia walau diberi penjelasan panjang lebar, tidak juga dia faham. ‘Benak’ sangatkah otaknya?

Cuma penulis pujilah sedikit respon dari Adun-Adun PAS di dalam dewan yang bertanyakan tentang beberapa perkara berbangkit di kawasan masing-masing dan keperluan yang perlu diperkasakan. Menariknya, pihak kerajaan tidak melatah dan sedia membantu menyelesaikan isu yang diketengahkan. Itulah namanya matang!

Tapi tidak mengapalah. Nama pun Pakatan Harapan yang masih ‘mentah’. Perlembagaan parti sendiri pun selamba dilanggar sehingga huru-hara jadinya, inikan pula mahu memahami skop pentadbiran kerajaan negeri yang jauh lebih besar.

Padanlah ramai rakan-rakan dari Kedah dulu yang merungut mengatakan ‘anak negarawan’ itu ‘naik’ hanya dengan menjaja populariti bapanya, tapi lebih gagal mentadbir negeri itu berbanding bekas Menteri Besarnya, Almarhum Tan Sri Azizan Razak.

Sekurang-kurangnya walau berstatus pembangkang, arwah Ustaz Azizan masih mampu membina kampus KUIN di Kuala Ketil walaupun berhutang dan membina Aman Central atas usahasama sektor swasta.

Dia apa ada? Dia hanya ada 6 projek mega ‘khayalan’ yang dibentang dalam satu bajet tahunan? Dibentangnya bajet dengan projek berbilion-bilion, bila ditanya mana duitnya, dia tuding jari pada Kerajaan Pusat. Bila tidak dipenuhi, dia seranah pula Kerajaan Pusat?

Apa punya jenis orang pun kita tak tahu. Dia minta pertolongan ‘mega’ dari orang, tapi bila tak dapat diberi, dia hamun pula? Itukah petanda perangai ‘anak manja’? Mengada-ngada, bukan? Orang bantu sedikit, dia ‘meracau’, diberi betis, dia mahu paha. Dia mahu ‘makan’ penampar?

Tapi, mungkin itulah bezanya antara pemimpin rakyat yang tulen berbanding pemimpin yang tidak kenal rakyat sendiri. Yang mungkin dia kenal hanyalah ‘inner circle’nya sahaja, namun AJK Bahagian sendiri pun tidak kenal. Akhirnya, terimalah padah disingkir ditimpa ‘tulah’ rakyat yang menyumpah. Padan muka dia…

Leave a Reply