Hebat Betul “Kona” Mantan YDP PERKASA Selangor

PERKASA, bukanlah satu nama yang asing dalam landskap sosio-politik negara. Hadir dengan semangat “Ultra-Melayu”, kemunculannya dilihat sebagai “the third force” dalam memastikan artikel 153 Perlembagaan tersemat dan terpatri rapi.

Daerah Klang, menjadi salah satu daerah yang berjaya merekrut keahlian paling ramai pada suatu ketika, sehingga Ibrahim Ali sendiri turun untuk meraikan kejayaan tersebut. Boleh dikatakan, daerah itu adalah daerah paling berpengaruh dalam menyediakan angkatan untuk turun berdemo.

Dipimpin oleh Abu Bakar Yahya, pengaruh PERKASA Klang terus berkembang, sehingga beliau dilantik menjadi YDP PERKASA Selangor. Sememangnya beliau layak, dengan jumlah keahlian yang ramai, dan komitmen ahli-ahlinya.

Kepada yang mengenali beliau, semangat bencinya kepada DAP sangat menebal, sehingga ia menjadi lafaz rutin, samada ketika berbual sehinggalah ke majlis-majlis penerangan anjuran PERKASA. Tarbiyah PERKASA adalah, DAP itu musuh Islam selama-lamanya. Ternyata, hujah itu adalah benar, berdasarkan peristiwa-peristiwa dari dahulu sehingga kini. Tidak boleh dinafikan lagi, terbukti sejak 13 Mei 1969 sehinggalah kini. Hanya tergantung kepada fikiran waras dan rasional kita, samada untuk terima kebenaran atau menolak hakikat kejadian.

Kini, keadaannya sudah berubah. Beliau kini persis idolanya, yang sudah menjadi sahabat sebantal dengan DAP. Apa sudah jadi dengan kata-katanya dahulu kepada ahli-ahli PERKASA? Barangkali itulah bahana taksub kepada individu, atau mungkin juga ada kepentingan-kepentingan yang tidak kita ketahui. Kata-katanya suatu ketika hanyalah lakonan semata, tanpa ada maksud yang ikhlas dalam perjuangan. DAP sudah berjaya menundukkannya.

Menakut-nakutkan orang Melayu? Rasanya ABY perlu faham, DAP tidak perlu menjadi Perdana Menteri untuk menguasai kerajaan, seperti mana yang berlaku di Selangor. Kalau itu pun ABY tidak mampu faham, maka tidak gunalah beliau mempunyai pengalaman berpolitik menjadi orang kanan seorang figura politik di Selangor sebelum ini.

3 thoughts on “Hebat Betul “Kona” Mantan YDP PERKASA Selangor

  • October 28, 2017 at 1:09 AM
    Permalink

    dap akan mentakbir malaysia ini seperti yahudi mentakbir amerika “itu kah rakyat malaysia mahukanya. Lihat apa berlaku di selangor itu apabila kes pestar arak mb selangor benarkan dap buat secara terbuka

    Reply
  • October 29, 2017 at 9:11 PM
    Permalink

    masukkkkkk kotttt……

    Reply
  • October 30, 2017 at 2:57 PM
    Permalink

    Pribumi = DAP. Justeru jauhkan parti Pribumi.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.