Hapus 4 Tol Beban Rakyat, Hapus Semua Tol Bebankan Siapa Pulak?

Sebaran :

PENDIRIAN Pakatan mengenai dasar mereka sendiri untuk menghapuskan semua konsesi tol di negara ini, mula menjadi persoalan, ini setelah Presiden Pakatan, Azizah menyelar cadangan kerajaan dalam bajet 2018 untuk menghapuskan 4 buah tol di Selangor, Kedah dan Johor, sebagai keputusan yang bakal membebankan rakyat.

Kita faham Azizah bodoh politik, diangkat ke jawatan itu sebab laki dia Anwar saja, tapi dengan Pakatan sendiri janji akan hapus semua konsesi tol – tak pulak timbul isu membebankan rakyat, dengan bagaimana bila Perdana Menteri nak tutup hanya 4 buah tol pulak jadi beban pada rakyat?

Tak habis-habis Azizah membodohkan penyokong sendiri, dalam masa yang sama, seakan ada usaha nak sabotaj Pakatan dari dalam sebab yang bangkit perkara ini (hapus tol bebankan rakyat), hanya dia dan anak dia saja – orang lain dalam Pakatan tak ada.  Motifnya tidak lain, mungkin sebab Anwar tak boleh jadi Perdana Menteri, maka siapa pun (dalam Pakatan) tak boleh jadi Perdana Menteri.

Apa pun, sementara persoalan sabotaj dari dalam ini menanti perkembangan yang relevan, rakyat perlu melihat ini semua sebagai kecelaruan yang pelbagai dalam Pakatan.

Pakatan sangat jelas tidak ada satu polisi yang tegas dan masuk akal, semuanya berubah ikut sempat.  Ketika tak siapa dalam kerajaan sebut nak hapus tol, merekalah juaranya tapi bila Perdana Menteri umum tutup 4 buah tol itu, dibangkangnya pulak.

Macam ini nak bagi kunci pentadbiran negara ke, takde pendirian tetap, kejap cakap lain, kejap buat lain?  Cukup-cukuplah dibodohkan.


Sebaran :

Leave a Reply