HOSPITAL PENDANG

Sebaran :

oleh Ab Jalil Backer

1. Saya terbaca kritikan beberapa pemimpin pakatan termasuk Mukhriz Mahathir kononnya Kerajaan menipu dalam pembinaan Hospital Pendang, atas alasan ia tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.

2. Sebenarnya, kerajaan telah umumkan pembinaan Hospital Pendang dalam RMK 11 dan kemudiannya dalam Bajet 2016.

3. Ini bermakna telah ada peruntukan untuk pembinaan tersebut Bajet 2016. Kecuali kerajaan membatalkannya, barulah ia memerlukan pembentangan semula dalam Bajet Negara.

4. Pembinaan hospital bukan macam bina pondok atau main masak-masak. Walaupun peruntukan sudah diluluskan, ia memerlukan pelbagai kerja-kerja lain seperti pengambil alihan tanah, penentuan “design” dan tender untuk pembinaan. Selepas semua ini siap barulah kerja pembinaan akan dijalankan.

5. Tujuan Bajet ialah untuk mendapat kelulusan terhadap perbelanjaan wang kerajaan. Jadi pembinaan Hospital Pendang telah pun diluluskan dalam Bajet 2016.
“Pertama: Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya;”
– [Petikan Ucapan Bajet Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, dalam pembentangan Bajet 2016]

6. Hospital Pendang juga antara perkara keutamaan RMK11. RMK 11 hanya tamat pada 2020.

7. Masalah dengan sesetengah pemimpin pakatan mereka mempunyai ingatan yang singkat dan malas membaca. Jadi apabila mereka melalak hari ini mempertikaikan peruntukan untuk pembinaan Hospital Pendang ia hanya menunjukkan kejahilan mereka sendiri.

8. Suka-suka hati awak saja panggil kerajaan penipu sedangkan anda itu jahil.


Sebaran :

One thought on “HOSPITAL PENDANG

  • boboi ni apa dia tahu…anak manja merengek nak jadi PM….

    Reply

Leave a Reply