Sanggup Bayar RM100 Untuk Dengar ‘Auta’ Dari ‘Tin Kosong’?

Share

Ketawa besar penulis apabila diberitahu tentang angan-angan pemimpin DAP yang memaklumkan kepada pengikut mereka kononnya Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dengan menggunakan alasan Bajet 2018.

Difahamkan dalam satu majlis makan malam yang mengenakan bayaran RM100 bagi setiap individu yang hadir, Nga Kor Ming mendakwa Bajet 2018 yang dibentang Najib itu ‘meniru’ semua bajet alternatif yang dirangka Pakatan Harapan? Lawak apakah ini?

Dia dilaporkan berkata, “Mereka (kerajaan BN) meniru semuanya. jadi apakah makna semua ini?” ketika berucap di majlis berkenaan.


Penulis tidak pasti tentang tahap pendidikan Kor Ming. Namun begitu, biar setinggi mana sekalipun tahap pendidikan pemimpin DAP Perak itu, penulis yakin dia tidak tahu atau faham langsung bagaimana proses membuat belanjawan negara.

Tuduhan yang kononnya Bajet 2018 ‘meniru’ bajet alternatif sebagaimana yang dia katakan itu langsung membuat penulis ketawa terbahak-bahak. Apakah dia fikir Kerajaan boleh sewenang-wenangnya melakukan duplikasi bajet dalam tempoh 2 atau 3 hari?

Tahukah dia bahawa proses pembuatan bajet tidak boleh dibuat dalam tempoh sebulan? Tahukah dia bahawa proses merancang, merangka dan sebagainya yang berkaitan bajet bermula sejak awal tahun lagi?


Penulis enggan beri maklumat tentang proses pembuatan belanjawan negara secara percuma. Untuk tahu lebih jelas tentang proses tersebut, sila masuk mana-mana universiti yang menawarkan kursus berkaitan. Belajar dan faham betul-betul. Namun yang pasti, mereka yang tahu akan ketawakan tuduhan Kor Ming.

Mengulas lagi mengenai Bajet 2018 ‘meniru’ bajet yang dirangka Pakatan Harapan, penulis mendapati ramai pemimpin parti pembangkang di negara ini yang bercakap mengenai perbezaan jelas antara dua bajet tersebut.

Namun tiba-tiba, dia menjadi yang pertama mengatakan kedua bajet itu ‘serupa’? Jadi, apakah maknanya ini? Apakah dia cuba menipu tetamu di majlis tersebut? Setiap tetamu itu perlu membayar RM100 untuk mendengar pembohongan ‘rendah IQ’nya itu?


Kenapa Kor Ming tidak menceritakan yang benar secara adil kepada mereka yang hadir di majlis berkenaan? Apakah kerana yang hadir di majlis itu melibatkan mereka yang tahap IQnya lebih rendah daripada dirinya? Penyokong-penyokong DAP ‘bodoh-bodoh’ belaka?

Lebih menarik, seorang lagi pemimpin DAP, Teo Nie Ching, dalam keghairahannya berucap dilaporkan secara terbuka mendedahkan impiannya untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan dia mahu Ngeh Koo Ham pula dilantik sebagai Menteri selepas PRU ke-14 nanti?

Sekali lagi terburai ketawa penulis mendengar ‘auta’ pimpinan DAP berkenaan. Sekiranya penulis sendiri penyokong DAP dan berada di majlis tersebut, berkemungkinan besar penulis akan ‘muntah hijau’ mendengar ucapan mereka.

Namun apa yang penulis kesalkan, pemimpin-pemimpin DAP itulah yang kini didewa-dewakan oleh sebahagian pemimpin politik ‘oportunis’ Melayu beragama Islam yang begitu kemarukkan kuasa di negara ini. Kepada orang sebegitu yang mereka ‘kowtow’? Memalukan!

Penulis berharap agar tidak seorang pun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini yang sanggup tunduk pada pemimpin seperti itu. Namun begitu, penulis tidak dapat memaksa sesiapa untuk mengikut kehendak penulis. Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing…

Leave a Reply