Pakatan Dah Biol Ke Bandingkan Dokumen ‘Sampah’ Mereka Dgn Bajet 2018?

Sebaran :

BAJET 2018 dibentang dengan jayanya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi.  Banyak perkhabaran yang menggembirakan hati ramai orang disebutkan.  Sudah tentu bajet ini mengguna pakai data-data terkini ekonomi dan kewangan negara, bukan main agak-agak begitu saja.

Itulah beza Bajet 2018 dengan entah apa sampah yang dibentang Pakatan beberapa hari lepas.  Begitupun, agak menarik kerana belum kering air liur Perdana Menteri membentangkan bajet 2018, puak Pakatan dah berpusu-pusu membandingkan bajet itu dengan yang mereka punya – contoh, seperti di bawah.

Hello, yang kau punya tu sampah, apa nak banding dengan dokumen realistik macam Bajet 2018?  Janjilah bulan bintang macam mana pun dalam dokumen sampah alternatif tu, bukan boleh laksanakan pun, banding dengan Bajet 2018 yang akan dilaksanakan sebahagian besar daripadanya kalau tak semua sekali..

Ambik satu, pasal tol dimana Bajet 2018 akan menghapuskan 5 tol, sementara sampah yang mereka bentang untuk 2018 kononnya akan hapus semua tol.  5 tol pun, kurang-kurang ia hampir pasti akan dihapuskan, banding dengan janji nak hapuskan semua tol dalam dokumen sampah yang Pakatan bentang, satu pun tidak boleh dilaksana.

Let alone yang janji ini Pakatan – entiti yang tidak didaftarkan sampai sekarang.  Apa pun tak boleh pakai.  Sekarang pun banyak cakap Pakatan tak boleh dipakai, jangan kata janji lah.

Apa pun penulis harap, kerajaan teliti sikit lepas ini.  Ambil contoh, kalau cadangan untuk hapus 2 tol di Selangor itu dibantah oleh wakil Pakatan dari negeri atau ahli parlimen kawasan berkenaan dalam sesi perbahasan/pengundian  esok, maka tak usahlah dilaksanakan. Biar mereka rasa sikit.  Kena main game macam itu, kalau tidak, rakyat di kawasan yang berkenaan tidak rasa ada untung/rugi mengundi BN, tak undi pun untung dapat, buat apa?

Kita betullah nak tolong rakyat, tapi depa ada ingat macam itu?


Sebaran :

Leave a Reply