Cukai Luar Pesisir Labuan Disalahgunakan: Bahagian – 2

Sebaran :

Bermula tahun 1990, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menjadikan Pulau Labuan sebagai satu kawasan lindungan cukai (tax heaven) sebarang operasi luar pesisir. Ini bagi melihat Labuan sebagai satu hub operasi peniaga antarabangsa yang ingin menyertai perniagaan berhampiran rantau Asia tetapi tidak mahu terikat atau tertakluk di bawah peraturan di negara Asia.
Selaras dengan matlamat untuk menarik lebih ramai pelabur luar, Oleh itu, akta khusus diwujudkan untuk mengawal aktiviti pesisiran ini antaranya:

1. Akta Cukai ke atas Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 (LOBATA)
2. Akta Cukai Perndapatan 1990
3. Akta Insuran Luar Pesisir 1990
4. Akta Perbankan Luar Pesisir 1990
5. Akta Syarikat Luar Pesisir 1990
6. Akta Syarikat Amanah Labuan 1990
7. Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1990

Akta-akta yang disebutkan ini merupakan duplikasi akta yang tersedia di Malaysia. Contohnya, syarikat yang ditubuhkan di Labuan oleh pelabur dan peniaga akan tertakluk kepada Akta Syarikat Pesisir dan bukan Akta Syarikat Malaysia.

Ini termasuk bank, syarikat amanah dan syarikat insurans akan diperbadankan di Labuan oleh kumpulan syarikat yang menjadikan satu strategi percukaian sebagai satu strategi penjimatan dari pembayaran cukai yang perlu dibayar. Secara lansung menjadikan Labuan sebagai sebuah negara asing dari Malaysia dengan aktanya sendiri dalam menguasai ekonomi dan kewangan di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, ketirisan cukai yang diberikan pada kadar cukai 3% yang dinikmati ke atas keuntungan bersih syarikat yang ditunjukkan di dalam akaun yang telah diaudit akan menimbulkan banyak cabang untuk dimanipulasikan.

Risiko manipulasi yang boleh mengundangkan risiko seperti:

1. Perlindungan untuk maklumat sistem bank dan komersial selalunya diperolehi. Kebanyakan syarikat perbankan yang menjadikan insentif ini melindungi semua maklumat dan rahsia pengurusan mereka walaupun terdapat kesalahan yang serius melibatkan undang-undang negara lain. Oleh itu, kelebihan ini mengundang risiko perniagaan yang “tidak sah” dan pembayar cukai yang menjalankan aktiviti di sini dapat dirahsiakan.

2. Terdedah kepada risiko wang dilesapkan apabila aktiviti perbankan oleh bukan pemastautin tidak mewajibkan bank mempunyai dana simpanan bank dan tidak terikat dengan kawalan pertukaran wang asing atau lain-lain kawalan seperti bank yang beroperasi di tempat biasa.

3. Penyusunan semula organisasi dan pindahan harga (transfer pricing) juga dilihat antara teknik bagi mengelak dikenakan cukai lebih tinggi. Syarikat menyusun semula organisasi mereka dengan memindahkan harta ke entiti perniagaan di tax heaven dengan mengalih pelaburan yang menguntungkan pada harga kos (atau untung yang minima) dari syarikat biasa dan memindahkan keuntungan modal ke syarikat di yang diperbadankan di tax heaven dengan menikmati cukai yang tersangat rendah.

4. Penubuhan beberapa syarikat dan subsidiarinya bagi mengaburi pengurusan operasi dan mengelakkan cukai juga satu teknik yang sukar dikesan. Penyalahgunaan skim ini seperti syarikat induk (M) yang sahamnya dimiliki oleh pelabur bukan pemastautin menubuhkan subsidiari (S) beroperasi di tax heaven. Apabila pemegang saham syarikat induk (M) mendapat dividen hasil dari syarikat subsidiari (S), pemegang saham yang menerima Dividen ini tidak tertakluk kepada sebarang bentuk cukai.

Berdasarkan andaian manipulasi ini, kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat perlu melihat semula penaksiran cukai bagi mengelak penyalahgunaan aktiviti yang dilakukan di kawasan tax heaven ini.


Sebaran :

Leave a Reply