‘Cabut lari’ dek penangan BN…

Sebaran :

‘Cabut lari’ dek penangan BN...

‘Cabut lari’ dek penangan BN…

ALAHAI Nurul Izzah oh! Nurul Izzah. Lama dah kelibat anda tak muncul-muncul di Lembah Pantai, tapi tiba-tiba baru-baru ini anda datang edarkan roti dan sayur kepada penduduk di situ pula ya.

Kata netizen dalam Facebook: “Musim ngail (pilihan raya) doh mari tu. Paka umpan roti ja.”

Eh! mana perginya wajah bapa anda, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kain pemidang ucapan Deepavali Ahli Parlimen Lembah Pantai yang dipasang di tepi-tepi jalan di sekitar Kerinchi, Bangsar dan Pantai Dalam minggu lalu?

Bukankah kebiasa­an­nya begitu sejak empat tahun lalu lagi? Tapi mengapa gambar anda pula diletakkan bersebelahan dengan orang lain yang dikenali dengan pangkal nama huruf ‘F’?

Malah akhbar ini difahamkan, dalam tiga empat bulan kebelakangan ini di sesetengah tempat di Lembah Pantai sudah diperke­nalkan bakal calon pengganti anda pula.

Dikhabarkan daripada sumber dalaman PKR, sudah menjadi rahsia umum Naib Presiden PKR itu sedang mencari ruang bertanding di luar Lembah Pantai, dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor sasarannya.

Adakah ini suatu strategi atau Nurul Izzah sudah nampak tiada peluang lagi di Lembah Pantai?

Bagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, ia petanda jelas bahana memilih calon daripada pakatan pembangkang.

“Mereka (menjadi wakil rak­yat) secara bermusim, tiada rasa tanggungjawab pada kawasan masing-masing. Tahu-
tahu mahu ‘cabut lari’ (dari sini).

“Kita (BN) lain…walaupun ada atau tidak jawatan…sentiasa berkhidmat,” kata Raja Nong Chik dalam pertemuan baru-baru ini.

Raja Nong Chik bukanlah orang baharu di Lembah Pantai. Membesar dan berkahwin pun dalam kawasan itu. Maka tak hairanlah andai benar khabar Nurul Izzah mahu berpindah kawasan. Dia boleh pergi kerana Lembah Pantai bukan tempatnya bermain. Tindak tanduk seper­ti ini mirip gelagat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang gemar bertukar kawasan baharu.

“Pengundi yang perlukan pem­belaan seperti di Pantai Dalam, Taman Seri Sentosa dan Bangsar tak terkesan tanpa kelibatnya…dia ada atau tidak ada, sama sahaja.

“Kalau dia turun pun, dia akan jenguk kawasan-kawasan Mela­yu, hanya nak lihat mereka berpecah sebab di kawasan bukan Melayu seperti Bangsar dia yakin menang,” katanya lagi.

Raja Nong Chik bagaimanapun tidak akan lupa bagaimana liciknya Nurul Izzah mempengaruhi 34 keluarga di Kampung Kerinchi tempoh hari sehingga mereka terlepas mendiami projek perumahan Kerinchi dengan setiap unitnya berharga hampir setengah juta ringgit.

“Dalam Dewan Rakyat, saya pernah katakan kepadanya bahawa kira-kira 500 penduduk Mela­yu miskin ini dulunya setinggan, tinggal di flat, apa kata kita beker­jasama kerana kalau projek (perumahan baharu) ini gagal, 500 penduduk ini yang akan terima akibatnya.

“Tapi dia bawa kes ini sehingga ke mahkamah, selama dua tahun projek ini tidak boleh diteruskan kerana dia hasut kononnya ini projek BN… rasuah dan sebagainya. Mereka yang terpengaruh dengannya (34 penduduk) ini dapatlah RM70,000…tapi setakat itu sahajalah berbanding unit rumah baharu berharga kira-kira RM500,000,” katanya.

Tambah menyedihkan lagi, kata Raja Nong Chik, PKR dan Nurul Izzah sendiri tidak memperjuangkan nasib 34 penduduk terbabit untuk mendapatkan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Nasib baiklah saya ketika itu masih berjawatan menteri, sempatlah juga saya usahakan. Penduduk terbabit tidak wajar menyesal. Kena akuilah itu kesilapan besar mereka. Kalau waktu mereka berdegil tempoh hari, datanglah sesiapa sahaja memujuk atau merayu mereka, hatta saudara mara ipar duai dan Perdana Menteri sekali pun, pasti penduduk flat empat tingkat ini tidak akan tunduk.

“Hanya Nurul Izzah sahajalah waktu itu ‘harapan’ dan ‘cermin’ mereka.

Tapi syukurlah sebahagian besar penduduk flat terbabit tidak terikut-ikut dengan lagak langkah kecundang itu,” kata beliau.

Realitinya sejak menang pilihan raya umum 2013 lagi kelibat Nurul Izzah jarang berada di Lembah Pantai. Tapi hanya rajin sedikit apabila dekat pilihan raya – seolah-olah pengundi Lembah Pantai ini ‘buta’.

Mengakhiri perbualan, kata Raja Nong Chik, dirinya ada tautan akrab dengan penduduk Lembah Pantai, walaupun ‘saya tak boleh jaga semua’.

“Kita (BN) ada emotional attachment, bukannya nak perguna pengundi masa pilihan raya.

“Cuma masalahnya pengundi bandar tak kisah benda ini. Tak semua hargai kita,” katanya.

‘Cabut lari’ dek penangan BN…

Zulkifli Jalil
Utusan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dia lagi ‘hantu’ – Raja Nong Chik


Sebaran :

Leave a Reply