Bajet Pakatan Bajet Temberang

Share

MELAINKAN untuk menganjing, lebih baik untuk tidak memberi perhatian langsung bajet alternatif Pakatan.  Dibentang setiap tahun sejak 2008 tapi habuk pun tak pernah dilaksanakan, waima di negeri-negeri yang mereka perintah.  Entah apa tujuan dibuat, kita pun tak faham.

Bercakap tentang itu, untuk bajet Pakatan tahun depan, ada beberapa perkara yang menarik perhatian penulis.  Antaranya nak kekalkan BR1M (tak malu ke tiru idea PM), dah tak jadi pulak nak hapuskan PTPTN, serta tak kurang menarik, janji untuk hapuskan tol – dengan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan.

Mahathir kalau nak hapus tol, lama dia buat dah masa dia PM dulu, tapi sebaliknya perkara itu jadi benda yang menyusahkan rakyat dan disebabkan itu, macam-macam terpaksa dilakukan kerajaan untuk elak perjanjian konsesi itu tidak membebankan rakyat bagi jangka masa panjang.

Tidak kurang menarik ialah janji Pakatan untuk mengekalkan semua perjanjian pelaburan dengan China sekarang.  Dah, jadi bodoh semua penyokong mereka yang bersungguh mengatakan banyak perjanjian perdagangan dengan China yang diadakan sekarang ini adalah usaha untuk menggadaikan negara.

Baru saja minggu sudah Mahathir menyerang kawasan perindustrian MCKIP di Kuantan kerana konon dikuasai syarikat China, guna pekerja dari China, termasuk paling kelakar, guna matawang China – dah minggu ni Pakatan sendiri kata nak kekalkan semua pelaburan dari China tersebut.

Tentu Mahathir terasa hati ‘perjuangannya’ tidak dipedulikan Pakatan sendiri.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!