Wakil NGO Itu Tak Perlu Cemarkan Kebenaran Dengan Ugutan Politik

Sebaran :

Sebetulnya, penulis agak malas untuk mengulas mengenai dua aktivis PPIM yang didakwa di mahkamah atas tuduhan di bawah Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan baru-baru ini. Sewajarnya, kes tersebut biarlah diputuskan di mahkamah seadil-adilnya.

Namun ekoran dari kenyataan ‘poyo’ pihak luar yang kononnya ‘membela’ dua aktivis PPIM itu dan melakukan ugutan politik terhadap pihak kerajaan atas tindakan pihak berkuasa berkenaan, penulis berpandangan ia suatu yang tidak wajar diungkapkan.

Apa sudah jadi dengan wakil NGO luar itu? Lagaknya bagai ‘pembela kebenaran’, tapi bahasa ugutannya cukup jelas menunjukkan dia langsung tidak menghiraukan kedaulatan undang-undang di negara kita.

Penulis tertanya-tanya, apakah niat dan hasrat yang cuba disampaikan wakil NGO berkenaan kepada rakyat Malaysia dan pihak kerajaan? Atau dia sebenarnya cuba menjadi ‘hero’ atas insiden yang berlaku dengan membuat ugutan politik?

Apakah dia berpendirian bahawa ‘matlamat itu menghalalkan cara’? Apakah atas keyakinan diri berada di pihak yang benar, maka kita semua boleh berbuat sesuka hati atas nama kebenaran meskipun ia melanggar undang-undang atau hukum?

Sebagai contoh, jika kita tahu dan yakin bahawa si polan telah bertindak zalim terhadap rakan kita, apakah ia menghalalkan kita untuk bertindak memecahkan kunci pagar rumah si polan itu, masuk ke dalam rumah dan membelasahnya sesuka hati selagi dia tidak minta maaf?

Contohnya lagi, hanya di atas kebenaran di depan mata melihat seorang lelaki cuba merogol seorang gadis, apakah kita dibenarkan hukum Islam dan undang-undang negara untuk membuat keputusan sendiri dengan memukul lelaki berkenaan sehingga mati?

Lagi misal lain, sekiranya seorang individu barang kemas isterinya dicuri dan berada di dalam rumah jirannya, apakah ia menghalalkan kita untuk menceroboh ke rumah tersebut, menggeledah dan merosakkan harta benda di dalam rumah itu sehingga barang kemas yang dicari itu kita temui?

Pada pandangan penulis, wakil NGO itu perlu tahu tentang pengertian ‘autoriti’ dan ‘kuasa’. Di negara kita, perlembagaan memberikan kuasa kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk menguatkuasakan Perlembagaan Persekutan dan Undang-Undang Negara.

Sebagai contoh, pihak polis diberi kuasa tertentu di dalam negara, manakala pihak tentera dan jabatan imigresen pula diberi kuasa yang berbeza antara satu sama lain. Badan kehakiman pula diberikan kuasa mengadili berdasarkan undang-undang. Semua pihak berkuasa berkenaan diberikan autoriti dalam bidang kuasa masing-masing.

Justeru mungkin kedua aktivis PPIM didapati terpaksa melanggar undang-undang, apakah atas nama kebenaran itu membolehkan keadilan disanggah? Wakil NGO itu perlu belajar dari cerita hindustan, heronya pun menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas menyedari melanggar undang-undang setelah menegakkan kebenaran peribadinya.

Lebih menjengkelkan, bekas tahanan ISA itu cuba melakukan ugutan politik terhadap pihak kerajaan? Apakah mereka fikir kerajaan akan sanggup melanggar prinsip kedaulatan undang-undang hanya kerana ugutan seperti itu?

Wakil NGO itu perlu tahu bahawa negara ini berdaulat dan tidak mengguna pakai undang-undang rimba. Tunduk kepada undang-undang rimba melambangkan sesebuah kerajaan itu lemah dan tidak berprinsip. Apakah kerajaan seperti itu yang dia mahukan?

Justeru itu, penulis meminta supaya dia berlapang dada. Pendakwaan di mahkamah tidak semestinya memaktubkan dua aktivis itu telah disahkan bersalah. Bagaimana jika mahkamah majistret mendapati kedua aktivis PPIM itu tidak bersalah? Apakah wakil NGO itu sedia membuktikan dia memangkah BN pada PRU ke-14? Belum tentu, bukan?

Justeru itu, tidak perlulah menjadi hero yang ‘poyo’, sebaliknya cubalah berlaku adil dengan memberi sokongan yang membawa kemenangan kes, bukan ‘membawa rebah’ atau memburukkan keadaan. Sikap buruk itu hanya akan memburukkan nama NGO, termasuk PPIM sendiri.

Serahlah keadilan itu kepada badan kehakiman. Jika benar kedua aktivis itu terbukti terlanjur melanggar undang-undang, maka mohonlah supaya hukuman terhadap kesalahan itu diringankan. Mahkamah Tinggi ada, Mahkamah Rayuan ada, malah Mahkamah Persekutuan pun sedia menerima rayuan, bukan?

Yang perlu ditegakkan di sini adalah kebenaran yang berlandaskan prinsip keadilan, bersandarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negara. Jika ikutkan hati, maka tentu binasa. Cubalah ikut agama dan undang-undang, inshaAllah selamat dunia akhirat.


Sebaran :

2 thoughts on “Wakil NGO Itu Tak Perlu Cemarkan Kebenaran Dengan Ugutan Politik

  • Masalah sekarang ah long berleluasa dah bertahun lama mereka di lindungi orang tertentu..
    Persatuan penguna malaysia tak ambil tahu perkara itu baik tutup persatuan perguna ada itu..
    Setalah ada ppim aku tengok dia lebih bela penguna, ini aku tengok masalah ahlong pun tak selesai bertahun2 lama nya didalam persatuan penguna malaysia ini.. Kerajaan dan pembangkang pun tahu ah long sumber perdapat mereka ini, pukul orang kena interest dan bunga yg tinggi pada pelanggan baik ke pada penguna, yg banyak selesaikan masalah ahlong ini ppim

    Reply
  • Betul maha.dah kalau penguatkuasa Dan kerajaan takut sgt dgn ah long,biar la org lain yg settle.penguatkuasa kecut telo ke Ada ehem2???
    Ssh sgt aku tgk nk settle benda ah long ni.kalo pemberontak Islam semua tu cepat je settle.racist

    Reply

Leave a Reply